fariszolkefli

80 PASUKAN REBUT PIALA DATUK CHU AH NGE 2022

80 PASUKAN REBUT PIALA DATUK CHU AH NGE 2022

December 2, 2022 8:09 am

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2022 – Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Junior Datuk Chu Ah Nge atau lebih dikenali sebagai 2022 Datuk Chu International akan dilangsungkan pada esok, Sabtu dan Ahad, 3 dan 4 Disember 2022 bertempat di Kelab Diraja Selangor (RSC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebanyak 80 pasukan dari enam negara telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini dengan 56 daripadanya adalah pasukan dari Malaysia, Singapura dengan 9 pasukan, Vietnam (5), Maldives (4), Indonesia (4) dan Thailand menghantar dua pasukan.

Kejohanan edisi ke-16 ini mempertandingkan beberapa kategori iaitu bawah lapan, 10, 12, 14, dan bawah 16 tahun. 

Menurut pengerusi penganjur kejohanan, Gerald Rakish Kumar, pertandingan ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang kompetitif untuk pasukan pelbagai peringkat umur di bawah Program Pembangunan RSC.

Tambah beliau, objektif utama pertandingan ini adalah untuk memupuk persahabatan melalui semangat kompetitif dalam kalangan kelab dan akademi bola sepak tempatan dan negara-negara jiran yang mengutamakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BolaSepak #2022DatukChuInternational #RoyalSelangorClub

Sumber Gambar: Royal Selangor Club