KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 – Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) merangkul kejayaan membanggakan apabila menjadi johan dalam Kejohanan Program Pembangunan Hoki Kebangsaan (NHDP) Mirnawan Cup 2022 dengan menumpaskan Jepun 4-1.
Terdahulu, SSTMI mengecewakan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dalam saingan separuh akhir 5-1 untuk melayakkan mereka bertemu Jepun di final Mirnawan Cup 2022.
Sementara itu, Sports Odisha dari India berjaya menggondol kejuaraan bagi kategori wanita B-14 dengan menumpaskan SSTMI 5-0.
Kejohanan yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bermula dari 26 November hingga 4 Disember mendapat penyertaan sebanyak 15 pasukan termasuk tiga penyertaan antarabangsa dari India, Singapura dan Jepun. Dua kategori dipertandingkan dalam kejohanan kali ini iaitu Lelaki B-16 dan Wanita B-14.
Edisi sulung Mirnawan Cup 2022 yang dianjurkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan sukan hoki negara dan memberi pendedahan antarabangsa kepada atlet muda.