Faris Zolkefli

HANNAH YEOH MULAKAN TUGAS SECARA RASMI DI KBS

HANNAH YEOH MULAKAN TUGAS SECARA RASMI DI KBS

December 6, 2022 6:45 am

PUTRAJAYA, 6 DISEMBER – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, secara rasminya memulakan tugas di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya hari ini. Beliau yang diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS, dibawa mengimbas kad perakam sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Dalam sidang media yang berlangsung hari ini, YB Hannah menggariskan lima aspek yang akan menjadi fokus utamanya dalam menerajui KBS.

Antara fokus utamanya adalah memastikan sukan dalam negara boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat. Kedua, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk para atlet serta jaminan kebajikan untuk mereka.

Tambah YB Hannah, beliau tidak berhasrat untuk memperkenalkan program-program baharu dan ingin memperkasakan program sedia ada. KBS juga akan menjalinkan kerjasama dengan 17 kementerian yang lain untuk memastikan adanya kesinambungan dalam aspek belia.

YB Hannah adalah pemimpin wanita kedua dalam sejarah dilantik menerajui KBS selepas Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merupakan menteri ke-21 yang dilantik sejak penubuhan KBS pada tahun 1964.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #HannahYeoh #KementerianBeliadanSukan

Sumber Gambar: Kementerian Belia dan Sukan (KBS)