TAKHTA KEJUARAAN LIGA SUPARIMAU BAKAL DIKETAHUI HUJUNG MINGGU INI
TAKHTA KEJUARAAN LIGA SUPARIMAU BAKAL DIKETAHUI HUJUNG MINGGU INI
December 9, 2022 9:02 am
KUALA LUMPUR, 9 DISEMBER – Sebanyak 89 buah pasukan remaja elit di seluruh negara bakal beradu tenaga di Lembah Klang pada hujung minggu ini demi merebut slot ke pentas penentuan pusingan akhir Liga Suparimau Kebangsaan 2022 yang akan berlangsung pada Ahad ini, 11 Disember 2022 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.
Kejohanan yang menampilkan juara divisyen Liga Suparimau di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Kedah, dan Sabah ini bakal menentukan juara Liga Suparimau Kebangsaan bagi kategori Bawah 12 (B-12), B-14 dan B-16.
Liga Suparimau yang dipersembahkan oleh Boost Juice dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ini bakal menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan pada hari esok, 10 Disember dan perlawanan kalah mati akan berlangsung pada Ahad, 11 Disember, dengan peringkat pusingan 16 sebelum suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir.
Perlawanan Akhir peringkat Kebangsaan dan Pesta Bola Sepak Akar Umbi menandakan berakhirnya tahun pertama Liga Suparimau. Ia merupakanpertandingan bola sepak akar umbi sepanjang tahun untuk pasukan dalam kumpulan umur dari bawah 6 tahun hingga perempuan bawah 17 tahun di 12 daerah.