MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA SEPAK PEKAK DUNIA 2023
MALAYSIA DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA SEPAK PEKAK DUNIA 2023
December 13, 2022 6:42 am
SHAH ALAM, 13 DISEMBER – Skuad bola sepak lelaki dan wanita kebangsaan layak secara automatik ke Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia ke-4 apabila Malaysia dipilih menjadi tuan rumah bagi kejohanan yang akan berlangsung dari 23 September hingga 7 Oktober 2023.
Dalam sesi pengundian peringkat kumpulan yang bertempat di Geno Hotel, Shah Alam semalam, skuad lelaki negara diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Turkiye dan Mesir manakala satu lagi negara dalam kumpulan A akan diumumkan pada Mac tahun depan.
Sementara itu, skuad wanita negara juga diletakkan dalam kumpulan A, bersama-sama Poland, Australia, China dan satu lagi negara yang turut bakal diumumkan kemudian.
Majlis undian ini telah dijalankan oleh Pengarah Teknikal International Committee of Sports for the Deaf (ICSD), Brice Alain yang mewakili ICSD dalam sesi yang disiarkan secara langsung melalui siaran YouTube.
Kejohanan empat tahun sekali yang dikelola oleh Deaf International Football Association (DIFA) memilih Malaysia sebagai tuan rumah berdasarkan bidaan yang dibuat pada dua tahun lalu dan sebanyak 24 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita bakal mempamerkan aksi mereka dalam kejohanan ini.
Berikut adalah kedudukan setiap kumpulan negara-negara yang bertanding selepas selesai sesi pengundian: