fariszolkefli

LAWN BOWLS KUALA LUMPUR OPEN FOURS CHAMPIONSHIP 22/23 TARIK PENYERTAAN PASUKAN ANTARABANGSA

LAWN BOWLS KUALA LUMPUR OPEN FOURS CHAMPIONSHIP 22/23 TARIK PENYERTAAN PASUKAN ANTARABANGSA

December 27, 2022 8:28 am

KUALA LUMPUR, 27 DISEMBER – Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours Championship Ambang Tahun Baharu 22/23 membuka tirainya hari ini dengan dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan di Kompleks Sukan Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh YB Hannah, beliau akan memastikan sukan dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia dan menekankan pentingnya ruang selamat bagi penglibatan para atlet dalam kejohanan sukan selaras dengan hasrat yang dinyatakannya ketika melapor diri di kementerian.

Selain itu, YB Hannah juga akan memberikan tumpuan berkenaan isu kebajikan atlet dan memperkasa program sedia ada serta mengadakan kerjasama dengan kementerian lain untuk mewujudkan kesinambungan antara kementerian.

YB Hannah turut menzahirkan ucapan tahniah dan rasa bangga dengan pencapaian atlet Lawn Bowls negara yang berjaya membawa pulang satu pingat perak dan satu gangsa dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.

Lawn Bowls Kuala Lumpur Open Fours Championship Ambang Tahun Baharu 22/23 yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur Lawn Bowls Association ini akan berlangsung bermula hari ini hingga 1 Januari 2023, bertempat di Kompleks Sukan Lawn Bowls Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan disertai pasukan tempatan dan dua penyertaan antarabangsa dari Hong Kong dengan enam pasukan dan Singapura menghantar satu pasukan.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BolingPadang #LawnBowls #LawnBowlsOpenFoursChampionship

Sumber Gambar: Kementerian Belia dan Sukan