Faris Zolkefli

SELANGOR BOLOT KEJUARAAN BOLA TAMPAR REMAJA B-16 2022

SELANGOR BOLOT KEJUARAAN BOLA TAMPAR REMAJA B-16 2022

January 3, 2023 3:42 am

SHAH ALAM, 3 JANUARI – Pasukan Selangor menggondol kejuaraan berganda apabila skuad lelaki dan wanita berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 16 Tahun (B-16) Bangi Wonderland-Milo Malaysia Ke-20 2022 yang berlangsung pada 27 hingga 30 Disember 2022 yang lalu, bertempat di Dewan MBSA, Shah Alam.

Dalam saingan di peringkat akhir, pasukan lelaki Selangor berjaya menumpaskan pasukan Kelantan 3-0 (25-16, 25-20, 25-19) untuk muncul sebagai juara. Manakala pasukan Kuala Lumpur menyandang tempat ke-3 selepas mengecewakan pasukan Sarawak 3-2 dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

Kategori wanita pula menyaksikan kecemerlangan pasukan Selangor membenam impian pasukan Sarawak untuk mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan bergaya 3-0 (25-19, 25-13, 25-17). Dalam penentuan tempat ke-3 dan 4, tempat ke-3 menjadi milik pasukan Pahang apabila berjaya menewaskan pasukan Melaka 3-1.

Sementara itu, Loke Wai Lee daripada pasukan Selangor merangkul gelaran Pemain Terbaik (MVP) kejohanan bagi kategori lelaki. Bagi kategori wanita, ia menjadi milik Pua Ee Ling, juga daripada pasukan Selangor.

mySukan TV turut membawakan siaran penstriman langsung membabitkan perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat serta perlawanan akhir kategori wanita menerusi platform Facebook. 

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Volleyball #BolaTampar #MAVA #MalaysiaVolleyballAssociation

Sumber Gambar: Malaysia Volleyball Association / Zhafran Masduqi