YB HANNAH DAN SOH WAI CHING TAWAN MENARA KBS DI PUTRAJAYA
YB HANNAH DAN SOH WAI CHING TAWAN MENARA KBS DI PUTRAJAYA
January 12, 2023 7:52 am
PUTRAJAYA, 12 JANUARI – Bersempena dengan Hari Menaiki Tangga Kebangsaan, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bersama-sama pelari menara nombor satu dunia dari Malaysia, Soh Wai Ching dan Presiden Persatuan Towerrunner Malaysia, Ravinder Singh, berlari memanjat anak tangga setinggi 18 tingkat di Menara KBS, Putrajaya hari ini.
YB Hannah berjaya membuat catatan masa kurang daripada enam minit sahaja. Menurut beliau, ia dilihat sukar pada awalnya namun ia sebenarnya boleh sahaja dijayakan apabila selesai melakukannya.
Towerrunning, atau lebih dikenali sebagai larian memanjat tangga, adalah sebuah sukan yang boleh dilakukan oleh semua pihak kerana ia mudah diakses, percuma, kalis cuaca, dan yang paling penting sekali, sukan ini selamat untuk dilakukan. Ramai yang beranggapan bahawa sukan ini boleh mendorong kepada kecederaan lutut, namun ia adalah tidak benar sama sekali.
Berjalan menaiki tangga adalah bertentangan dengan sifat graviti, ia memberi impak yang sangat minima ketika anda menaiki tangga berbanding melakukan sukan yang lain. Walaubagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk menuruni tangga satu demi satu atau boleh menggunakan elevator jika perlu.
Menurut Ravinder, beliau berimpian untuk melihat rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan tangga berbanding elevator dan berharap supaya dapat melakukan lagi sesi menaiki anak tangga bersama kementerian yang lain dan juga pejabat korporat di Malaysia. Selain itu, beliau juga memasang harapan agar Towerrunning dibawa masuk ke Sukan SEA 2027 dan Malaysia mendominasi sukan ini.
Berikut adalah ranking dunia Towerrunning setakat Disember 2022: