Faris Zolkefli

RTM & KHM JALIN KERJASAMA SEBAGAI PENYIAR RASMI KEJOHANAN HOKI

RTM & KHM JALIN KERJASAMA SEBAGAI PENYIAR RASMI KEJOHANAN HOKI

February 8, 2023 6:25 am

KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI – Bertepatan dengan slogan saluran Sukan RTM ‘Sukan Untuk Semua’, peminat sukan hoki negara bakal disajikan dengan aksi terbaik sepanjang kempen kejohanan hoki anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama KHM akan menjadi rakan Penyiar Rasmi bagi penganjuran kejohanan hoki tempatan antaranya TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL). 

Jalinan kolaborasi KHM-RTM dibentuk adalah untuk memainkan peranan RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial, selaku stesen milik kerajaan untuk memberi siaran secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, ia akan memberi manfaat kepada pembangunan sukan hoki di Malaysia termasuk peminat sukan hoki tanah air. 

Bagi kejohanan TNB MHL 2023 yang akan berlangsung pada 9 Februari hingga 19 Mac 2023, RTM akan menyiarkan 30 perlawanan secara langsung di Saluran TV Okey, Saluran Sukan RTM dan secara penstriman langsung menerusi platform RTM Klik.

Untuk rekod, RTM telah mula membuat liputan secara langsung bagi kejohanan hoki anjuran KHM pada tahun 2020 menerusi Kejohanan Piala Tun Razak. Sejak daripada itu, kerjasama KHM-RTM semakin kukuh dengan liputan yang lebih menyeluruh meliputi tiga kejohanan utama KHM iaitu TNB Liga Hoki Malaysia (TNB MHL), Piala Tun Razak dan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia (MIHL).

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #LigaHokiMalaysia #HokiMalaysia

Sumber Gambar: RTM