haziq

KEM LATIHAN PUSAT FASA 1 SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KUMPUL 21 PEMAIN

KEM LATIHAN PUSAT FASA 1 SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KUMPUL 21 PEMAIN

February 15, 2023 5:49 am

KELANA JAYA, 15 FEBRUARI РDengan misi utama iaitu menghadapi kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2023 di Pattaya, Thailand dari 16 hingga 26 Mac 2023, seramai 21 orang pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Saiful Md Noor bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 di Gelanggang Bola Sepak Pantai UiTM Shah Alam bermula Sabtu, 18 hingga 21 Februari 2023 

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B dan dijadualkan akan bertemu Iran pada 16 Mac, UAE (18 Mac) dan Uzbekistan (20 Mac) di Jomtien Beach Arena, Pattaya bagi merebut dua slot ke suku akhir yang mana Uzbekistan dilihat sebagai cabaran terbesar buat skuad negara memandangkan edisi kali ini merupakan penampilan keenam mereka.

Juara bertahan, Jepun pula diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama China, Lubnan dan Indonesia manakala tuan rumah, Thailand diundi bersama Arab Saudi, Bahrain dan Afghanistan dalam kumpulan A.

Kumpulan D, merangkumi Palestin, Kuwait, Oman dan Kyrgyzstan. Hanya dua pasukan yang bakal beraksi di final nanti akan layak ke Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA 2023 di Emiriah Arab Bersatu pada November 2023.

Difahamkan, fasa kedua kem latihan pusat skuad bola sepak pantai kebangsaan akan diadakan di Kuala Terengganu bermula 28 Februari 2023 hingga 11 Mac 2023.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #FAM #HarimauMalaya #ACBeachSoccer

Sumber Gambar: FAM