DOKUMENTARI JALUR 14 BAHAGIAN 2 PENUH KISAH INSPIRASI FIGURA E-SUKAN TANAH AIR
DOKUMENTARI JALUR 14 BAHAGIAN 2 PENUH KISAH INSPIRASI FIGURA E-SUKAN TANAH AIR
February 21, 2023 4:12 am
KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI – Pratonton dokumentari Jalur 14 Bahagian 2 telah berlangsung semalam di Kuala Lumpur dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.
Dokumentari ini merupakan usaha KBS bersama Esports Integrated (ESI), Astro Malaysia dan eGG Network menyokong pembangunan esports khususnya dalam program-program advokasi esports.
Walaupun Bahagian 1 mempamerkan kebangkitan eSports dan industri permainan di Malaysia sepanjang dekad yang lalu, bahagian 2 pula menonjolkan figura eSports dalam beberapa tahun kebelakangan termasuk pemain Dota 2, Cheng “Nothosay” Jin Xiang, Wong “Chuan” Hock Chuan, Stephanie “Auroraa” Lim Yuen Lii, Ikon Permainan dan Usahawan Nureddy “Daddyhood” Nursal, pemain muda profesional PUBG Mobile Gamer Muhammad Dhiya “Uhigh” Ulhaq bin Mohd Arasz, Sim Racer Naquib Azlan dan Pemain Medali Emas Komanwel FIFA, Mohamad Nor Haikal Noh.
Dokumentari bahagian 2 ini bakal menyajikan 3 episod juga bukan sahaja mempamerkan semangat berdaya saing dan dedikasi atlet esport, tetapi juga tentang kepentingan pembangunan belia melalui program yang menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, memupuk kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dan sebagainya.
Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif ESI berkata, “Jalur 14 adalah sebahagian daripada komitmen ESI untuk menyerlahkan cerita tentang atlet dan personaliti esport Malaysia dalam perjalanan mereka, eSports wanita tempatan, komuniti eSports tertentu, dan usaha KBS untuk menyokong industri.
Turut hadir sama menyaksikan pratonton YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Jalur 14: Bahagian 2 bakal ditayangkan di Astro Arena (Ch801) pada 23 Feb, 10 malam dengan episod berikut dikeluarkan setiap minggu. Semua episod Jalur 14 Bahagian 1 dan Bahagian 2 juga akan tersedia di Sooka mulai 25 Feb.