Faris Zolkefli

KARNIVAL SUKAN EKSTREM KEBANGSAAN TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

KARNIVAL SUKAN EKSTREM KEBANGSAAN TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN

February 27, 2023 3:54 am

KUALA LUMPUR, 27 FEBRUARI – Karnival Sukan Ekstrem Kebangsaan dilangsungkan dengan jayanya hujung minggu lalu bertempat di Kompleks Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebanyak empat acara dipertandingkan iaitu inline skating, skateboarding, BMX, dan larian berhalangan. Selain itu, bagi memeriahkan lagi karnival sukan ekstrem ini, beberapa demonstrasi dan ‘mari mencuba’ melibatkan aktiviti seperti push bike, roller skating, remote control (RC), dan drone turut diadakan.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, salah satu daripada keutamaan JBSN pada tahun ini adalah pembangunan bakat baharu termasuklah sukan ekstrem.

“Ia merupakan pelaburan masa hadapan bagi memastikan Malaysia tidak kehilangan penyambung legasi arena sukan negara termasuklah pencarian bakat dalam disiplin sukan ekstrem dan lasak seperti skateboarding, in-line skating, BMX, dan larian berhalangan,” kata beliau.

Penganjuran karnival kali ini disokong oleh rakan strategik iaitu Persekutuan Luncur Beroda Malaysia (MYSKATE), Persatuan Larian Berhalangan Malaysia (MORSA), Persatuan Inline Skate Wilayah Persekutuan Putrajaya (PISA) dan Kelab Sukan Rekreasi Titiwangsa.

Majlis penutupan karnival dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Asmori Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan. Turut hadir adalah Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, JBSN, Encik Nor Azli Mohamad Daud.

SENARAI KEPUTUSAN PENUH KARNIVAL SUKAN EKSTREM KEBANGSAAN:

SKATEBOARDING:

  1. Skateboarding Beginner (Lelaki) – Mernullah Khan
  2. Skateboarding Beginner (Wanita) – Alya Zahra
  3. Skateboarding Terbuka – Zainul Mutaqien

INLINE SKATING

  1. Blade Cross Junior (Lelaki) – Firas Farid
  2. Blade Cross Junior (Wanita) – Nurhidayah
  3. Blade Cross Terbuka (Lelaki) – Lee Loo Yee
  4. Blade Cross Terbuka (Wanita) – Nordiana Najiha

BMX

  1. Flatland Beginner B23 – Airen Sofea
  2. Flatland Terbuka – Sheikh Mohd Taslem

LARIAN BERHALANGAN

  1. Terbuka (Lelaki) – Ayman Firus
  2. Terbuka (Wanita) – Amalina Syairah

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #JBSN #KarnivalSukanEkstremKebangsaan #BMX #InlineSkating #Skateboarding

Kredit: JBS NegaraSumber Gambar: JBS Negara