fariszolkefli

SSDEAF ANJUR PROGRAM ORANG PEKAK DI SARAWAK

SSDEAF ANJUR PROGRAM ORANG PEKAK DI SARAWAK

March 2, 2023 8:11 am

KUCHING, 2 MAC – Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf) memulakan tahun 2023 dengan mengadakan empat program berlainan dalam tempoh 3 hari, bermula dari 24 Februari hingga 26 Februari 2023 lalu, yang mana ia dilihat dapat menjimatkan masa, perbelanjaan dan tenaga.

Program yang diadakan ialah program e-Sports yang baru sahaja diperkenalkan oleh MSDeaf pada 24 Februari, Majlis Ulang Tahun ke-10 SSDeaf dan Mesyuarat Agong (Lapuran Tahunan) pada 25 Februari dan program terakhir adalah Pertandingan Tenpin Boling Orang Pekak Sarawak pada 26 Februari 2023.

SSDeaf yang masih segar dengan kejayaan dua orang atlet Pekak wanita yang meraih pingat emas dalam acara 5 sepasukan pada 24th. Deaflympics Games Bowling Competition di Sunway Megalanes, Oktober 2022 lalu telah mendapat pujian daripada wakil kerajaan negeri Sarawak yang disampaikan oleh YB. Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) yang hadir pada Majlis Ulang Tahun SSDeaf ke-10.

Presiden MSDeaf, Ong Shin Ruenn turut hadir pada program tersebut sebagai tetamu VIP dan memuji usaha SSDeaf dalam melakukan program-program tersebut. Walaupun negeri Sarawak mempunyai geografi yang sangat luas dan jauh antara satu sama lain, ia turut dihadiri oleh ahli-ahli persatuan dari daerah yang jauh seperti Bintulu, Sibu dan lain-lain. 

Presiden SSDeaf, Ko Ming Liang turut menjemput Kamarzaman Harun, Presiden Asean Deaf Sports Federation (ADSF) dan Presiden Persatuan Orang Pekak Sarawak (SSD), Albert Wong Tuong Chui.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #DeafSports #MalaysianDeafSportsAssociation

Sumber Gambar: Malaysian Deaf Sports Association