fariszolkefli

KBS & ISN SOKONG AFA SUPERAPP – MEDIUM PENDIGITALAN SUKAN TEMPATAN

KBS & ISN SOKONG AFA SUPERAPP – MEDIUM PENDIGITALAN SUKAN TEMPATAN

March 13, 2023 8:35 am

KUALA LUMPUR, 13 MAC – AFA Community tekad untuk memperjuangkan pendigitalan aktiviti sukan dalam komuniti Malaysia dengan pengenalan AFA Superapp baharunya, iaitu sebuah platform komuniti sukan yang membolehkan pengguna untuk mencipta dan mencari aktiviti, mengurus RSVP secara berkumpulan, membuat tempahan dan pembayaran dengan lebih lancar, memperoleh mata kesetiaan dan menebus ganjaran serta menikmati tawaran daripada rakan kongsi dengan segalanya di hujung jari sahaja.

Usaha pendigitalan sukan ini adalah salah satu inisiatif bagi menyokong strategi teras yang telah dibuat oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) dan Institut Sukan Negara Malaysia (ISN) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang aktif menjelang 2023. Aplikasi yang dibangunkan bersama SegWitz ini berjaya menarik lebih 150,000 pengguna setakat Mac 2023 dengan tempahan lebih daripada 500,000 jam bermain di 90 venue sukan di 11 negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak dan akan melangkau lebih luas di seluruh negara dalam beberapa bulan akan datang.

“Sukan mempunyai keupayaan untuk membawa rakyat Malaysia bersama-sama mengatasi perbezaan dan menyatukan kita. Sama ada ia dimainkan untuk keseronokan atau dalam suasana yang kompetitif, sukan mempunyai kuasa untuk memupuk semangat kemasyarakatan. Justeru, pelancaran AFA Superapp berpotensi untuk membawa industri sukan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi melalui pendigitalan, di samping menyediakan akses mudah untuk menyertai dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia”, ujar YB Hannah, Menteri Belia dan Sukan ketika pelancaran AFA superApp pada Sabtu lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal percaya bahawa platform ini akan menjadi pengubah buat komuniti sukan di Malaysia di semua peringkat. AFA Community adalah Fasa Satu daripada enam syarikat pemula teknologi sukan yang baru sahaja muncul dengan ISN memiliki pegangan saham serta penyertaan yang aktif. Pihak ISN juga turut berbangga untuk menyokong dan berdiri bersama pasukan berwawasan ini.

Aplikasi ini direka untuk menyelesaikan kesulitan yang biasa dihadapi oleh penggemar sukan yang sering bergelut dengan kaedah tempahan tradisional. Aplikasi AFA Superapp bakal didatangi dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna seperti pengurusan RSVP yang menjadikan penganjuran acara sebuah pengalaman yang bebas tekanan. Aplikasi ini juga didatangi dengan perkhidmatan e-dompet AFA Pay, yang menjadikan pembahagian kos adalah lebih mudah berbanding sebelum ini dan terdapat 50 aktiviti yang disenaraikan dalam aplikasi tersebut. Selain itu, pengguna dapat mengumpul mata daripada menggunakan AFA Pay, dan memanfaatkannya untuk menebus ganjaran dan menikmati diskaun tempahan daripada rakan kongsi Komuniti AFA.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AFA Community, Samuel Siew, AFA Superapp mampu mengubah cara rakyat Malaysia bermain sukan dengan matlamat untuk menyediakan cara yang lancar dan menyeronokkan untuk individu menemui dan mengatur aktiviti sukan secara berkumpulan, kelas dan acara berdekatan. Pengguna juga boleh berhubung dengan pengguna lain yang berkongsi minat yang sama untuk bermain sukan yang mereka gemari bersama-sama.

Dalam misi untuk menjadi peneraju platform semua-dalam-satu untuk aktiviti dan penglibatan komuniti Malaysia, AFA Superapp sedang berusaha untuk mengembangkan pangkalan pengguna, tempat, ganjaran dan perkongsian perkhidmatannya menjelang akhir tahun 2023.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Superapp #AFACommunity

Sumber Gambar: AFA Superapp