fariszolkefli

PAHANG JUARA BOLA JARING REMAJA KEBANGSAAN – BOLOT DUA GELARAN INDIVIDU

PAHANG JUARA BOLA JARING REMAJA KEBANGSAAN – BOLOT DUA GELARAN INDIVIDU

March 20, 2023 4:37 am

IPOH, 20 MAC – Pahang dinobatkan sebagai juara selepas membenam Selangor 74-47 dalam Kejohanan Bola Jaring Remaja Kebangsaan Kali Ke-37 yang berakhir di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

Pasukan bola jaring Pahang ternyata berada di kelas yang tersendiri walaupun diberi saingan sengit daripada pasukan Selangor. Namun, tentangan itu tidak berhasil menyekat kemaraan Pahang untuk menjulangi takhta kejuaraan.

Tidak cukup dengan itu, Pahang turut membolot dua gelaran individu apabila Siti Maisarah Affandi dan Nurul Anisha Mohammad Asri dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak dan Pemain Terbaik.

Juara bertahan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menebus kehampaan kehilangan gelaran dengan menewaskan pasukan Johor 43-41 untuk menduduki tempat ketiga dalam kejohanan kali ini.

Sementara itu, Perak yang juga tuan rumah sekadar mengakhiri cabaran kejohanan 14 pasukan itu di tempat kelima selepas menewaskan Perlis 30-23.

Terengganu mengatasi Kedah 34-20 untuk menduduki kedudukan ketujuh, manakala Melaka mengecewakan Pulau Pinang 25-20 dalam perebutan tempat 9/10.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BolaJaring #KejohananBolaJaringRemajaKebangsaan

Kredit: Utusan

Sumber Gambar: Utusan