MBSJ FC BERHASRAT WAKILI SELANGOR DALAM PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH
MBSJ FC BERHASRAT WAKILI SELANGOR DALAM PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH
March 22, 2023 6:43 am
PETALING JAYA, 20 MAC – Selepas merebut gelaran juara Liga Super Wanita FAS 2023, skuad bola sepak wanita MBSJ FC menaruh harapan untuk mewakili Selangor dalam kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah musim ini.
Ketua jurulatih pasukan wanita MBSJ FC, Mohd Fairuz Mohd Noor menyatakan bahawa beliau sudah berbincang dengan pihak pengurusan berhubung perkara itu dan berharap ada berita baik buat pasukannya.
“Saya baru bincang dengan pengurusan untuk dapatkan slot Piala Tun Sharifah Rodziah. Saya tak tahu bila (kejohanan bermula) saya dengar mungkin Julai.
“Harap pihak pengurusan boleh realisasikan impian untuk MBSJ FC wakili Selangor untuk TSR,” katanya selepas perlawanan akhir Liga Super Wanita FAS 2023 di Stadium MBPJ Isnin lepas.
Mohd Fairuz berkata kemenangan kumpulannya dalam kejohanan itu adalah hasil komitmen tinggi pemain di samping strategi yang disusun.
“Alhamdulillah syukur pada Allah kami dikejutkan dengan gol awal oleh UPNM FC tetapi kami bangkit pada minit ke-23.
“Saya amat bersyukur dan bangga dengan semua pemain yang memberi 150 peratus komitmen dan hasilnya kejayaan pada petang ini,” katanya.
Pada aksi sengit perlawanan akhir Liga Super Wanita yang berlangsung di Stadium MBPJ, Petaling Jaya pada Isnin lalu menyaksikan pasukan MBSJ FC dijulang sebagai juara menerusi penentuan sepakan penalti 3-0 selepas terikat 1-1 dengan UPNM FC.
Selain itu, empat bintang kejohanan Liga Super Wanita FAS 2023 menerima anugerah individu yang disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang juga adalah Presiden FAS. Berikut adalah senarai penerima anugerah: