25 PEMAIN DIPANGGIL SERTAI LATIHAN PUSAT MALAYAN TIGRESS B-17 MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA
25 PEMAIN DIPANGGIL SERTAI LATIHAN PUSAT MALAYAN TIGRESS B-17 MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA
March 28, 2023 6:50 am
KUALA LUMPUR, 28 MAC – Seramai 25 orang pemain dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress Bawah 17 (B-17), Petronella Douny bagi menyertai kem latihan pusat bermula 6 hingga 23 April 2023 menjelang kempen pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2024 di Buriram, Thailand bermula 26 April 2023.
Petronella turut mengekalkan kesemua pemainnya yang telah dibawa ke Kejohanan Bola Sepak Wanita B-17 Jenesys 2022 di Okinawa, Jepun pada 17 hingga 21 Mac lalu.
Selain itu, tujuh pemain daripada skuad yang beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 di Phnom Penh, Kemboja dari 8 hingga 12 Mac 2023 iaitu Daliea Eliesa Mohd Hafiz, Nur Amyra Fariesya Shahrizan, Hallyviana Joseph, Ku Nuwairah Ku Mahadzir, Nur Eriesya Dareena Redzuan, Nurul Fatin Umairah Muhamad Hanafi dan Zarith Sofea Nor Azri turut disenaraikan dalam kempen ini.
Skuad Malayan Tigress B-17 yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-17 2024 menentang Kepulauan Northern Mariana pada Rabu, 26 April 2023; Indonesia pada Jumaat, 28 April 2023 dan perlawanan terakhir kumpulan A menentang tuan rumah, Thailand pada Sabtu, 30 April 2023 di Stadium Buriram City, Thailand.
Mereka dijadualkan untuk berlepas ke Thailand dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin, 24 April 2023.
Berikut adalah senarai penuh skuad Malayan Tigress B-17: