fariszolkefli

MSN, MALAYSIA RUGBY UMUM 18 PEMAIN BUNGA RAYA 7

MSN, MALAYSIA RUGBY UMUM 18 PEMAIN BUNGA RAYA 7

March 29, 2023 7:05 am

KUALA LUMPUR, 29 MAC – Malaysia Rugby mengumumkan senarai 18 pemain yang akan berada di bawah program podium Majlis Sukan Negara (MSN) dan Malaysia Rugby (MR) bagi menghadapi Temasya Sukan Asia Hangzhou, China dan Kejohanan Siri Ragbi Asia, semalam.

Skuad Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Bunga Raya 7 akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih baharu iaitu Ahmad Fadzlee bin Ahmad Idriss dan Nik Mohd Shahiddan bin Mohd Zain sebagai penolong jurulatih. Manakala Dato’ Azaddin Abdul Aziz dikekalkan sebagai Pengurus Pasukan Lelaki Bunga Raya 7 2023.

Turut berlangsung semalam adalah Majlis Menandatangani Kontrak MSN / MR bersama pemain yang diadakan di Majlis Sukan Negara Kuala Lumpur. Skuad ini telah memulakan kem latihan pusat pada 26 Mac 2023 bagi persediaan pasukan menyertai 2 kejohanan jemputan antarabangsa iaitu Kejohanan SEA 7’s yang bakal berlangsung pada 7 dan 8 April 2023 di Singapura dan 13 dan 14 Mei 2023 di Thailand.

Dalam Kejohanan SEA 7’s, Bunga Raya 7 diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Filipina dan Chinese Taipei. Manakala bagai kategori wanita, tiada wakil yang dihantar oleh Malaysia.

Pihak Malaysia Rugby berharap skuad yang dibarisi pemain berpengalaman dan baharu ini dapat memberikan impak untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa. Majlis turut dihadiri Presiden Malaysia Rugby, Dato’ Shahrul Zaman Yahya dan Exco Malaysia Rugby.

Berikut adalah barisan pengurusan, kejurulatihan dan pemain Bunga Raya 7’s:

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Rugby #MalaysiaRugby #BungaRayaSeven

Sumber Gambar: MSN