SOH WAI CHING BAKAL PAHAT NAMA LAGI DI GUINNESS WORLD RECORD
SOH WAI CHING BAKAL PAHAT NAMA LAGI DI GUINNESS WORLD RECORD
April 5, 2023 7:11 am
KUALA LUMPUR, 5 APRIL – Bersempena dengan Hari Kesihatan Sedunia, Pelari menara nombor satu dunia, Soh Wai Ching akan memecahkan satu lagi Rekod Dunia Guinness (GWR) dengan cubaan Jarak Simulasi Paling Jauh Mendaki Mesin Tangga dalam Satu Jam (Lelaki) pada Jumaat ini, jam 9:00 malam bertempat di Technogym, Bangsar.
Wai Ching yang baru sahaja pulang dari Estonia selepas memenangi Tallinn TV Tower Run akan mendaki purata 131 anak tangga seminit untuk mencapai sasarannya iaitu 7,816 anak tangga atau 1.61 kilometer (km); ketinggian ini adalah bersamaan empat kali ketinggian Menara KL.
Memandangkan rekod yang akan dicipta ini adalah pada Hari Kesihatan Sedunia, Wai Ching ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk mempraktikkan gaya hidup sihat dengan berjalan menaiki tangga.
Wai Ching menyasarkan golongan yang tinggal di kediaman tinggi seperti kondominium atau pangsapuri dan juga mereka yang menggunakan pengangkutan awam kerana di sesetengah fasiliti terdapat tangga yang sesuai digunakan.
Sebelum ini, Wai Ching telah menetapkan GWR untuk Pendakian Tangga Menegak Dalam Satu Jam (Lelaki) dengan jarak 1.295 km pada November 2020, namun ia dipadam oleh pelari dari Sepanyol, Christian Rodriguez dengan jarak 1.457 km pada November tahun lalu.