KEJOHANAN MENEMBAK IPSC RMP 2023 CATAT SEJARAH “THE MALAYSIA BOOK OF RECORD”
KEJOHANAN MENEMBAK IPSC RMP 2023 CATAT SEJARAH “THE MALAYSIA BOOK OF RECORD”
May 9, 2023 8:48 am
PUTRAJAYA, 9 MEI – Kejohanan Menembak IPSC RMP Open Championship 2023 anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu berada di kelas tersendiri apabila berjaya memahat nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai “Most Participants In Shooting Tournament”.
Seramai 787 peserta dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, Thailand, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Singapura dan Hong Kong mengambil bahagian dalam acara peringkat ketiga yang bermula pada 1 Mei lalu.
Paling dinanti-nanti pastinya penyertaan penembak handalan dari kelab-kelab menembak seluruh Malaysia, jabatan-jabatan kerajaan malah pasukan keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Sarjan Mejar Harry @ Henry Anang dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak muncul juara kategori ‘Shoot Off Individual’ Piala Ketua Polis Negara (KPN) manakala tempat kedua dan ketiga disandang Sarjan Azmer Muhamad dari IPK Selangor dan Koperal Hasnizam Harun dari IPK Perak.
Sementara itu, pasukan dari IPK Sarawak dinobatkan juara acara ‘Shoot Off Team’ menundukkan saingan sengit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan IPK Selangor ditempat kedua dan ketiga.
Perebutan takhta bagi acara individu pula dimenangi oleh Superintendan Victor Cardona dari Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menewaskan Sarjan Azmer Muhamad dari IPK Selangor di tempat kedua serta Sarjan Mejar Harry @ Henry Anang dari IPK Sarawak (ketiga).
Senarai Pemenang :
Piala Pusingan KPN
Briged Sabah PGA
IPK Sarawak
JSJ Bukit Aman
Open Individual
Arif E-La (Thailand)
Sarjan Fitri Raman Sumpa Mas (PDRM)
Mohd Rosmizi Abdul Khalid (Tentera Laut Diraja Malaysia)
Open Team
PDRM
Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS)
Navy Open
Open Shoot Off
Mohd Rosmizi Abdul Khalid (Navy)
Mohamad Hamdan Abu Bakar (KMSS)
Inspektor Mohd Rokimi Basri Md Yusoff (PDRM)
Open Senior
Brian Cheung (Macau)
Tse Lai Man (Hong Kong)
Tsang Man (Hong Kong)
Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain dalam Malam Apresiasi RMP Open Championship 2023 – Level III yang diadakan di Hotel The Everly, kelmarin.
Turut berlangsung ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang RMP Open Championship (Standard), Production Optic dan Production, Piala Pusingan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) kepada pasukan menembak Batalion 11 PGA serta ‘VIP Shoot Off’ kepada Kumpulan 1 yang diketuai oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.