Faris Zolkefli

TENNIS XPRESS JOHOR MEDAN CUNGKIL BAKAT BAHARU

TENNIS XPRESS JOHOR MEDAN CUNGKIL BAKAT BAHARU

June 2, 2023 8:32 am

JOHOR BAHRU, 2 JUN – Persatuan Tenis Johor telah berjaya menganjurkan Kejohanan Tenis 10s & Tennis Xpress Johor Series 2/2023 yang berlangsung pada 20 Mei lalu bertempat di Akademi Tenis Johor, Johor Bahru.

Seramai 80 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang terbahagi kepada dua dengan objektifnya adalah untuk mewujudkan platform yang sesuai untuk pemain berprestasi dan pemain pemula untuk bertanding. Selain itu, kategori bagi pemain pemula dewasa turut diadakan.

Kejohanan ini dikendalikan oleh Exco Pembangunan yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Tenis Persatuan Tenis Johor, En. Luqman Rahim selaku Pengarah Kejohanan dan Pengadil Kejohanan, En. Azim Azfar, Ketua Pasukan Kejurulatihan Pemain Pemula. 

Turut membantu memastikan acara ini berjalan lancar adalah pegawai-pegawai daripada Pemain Tenis UTHM Batu Pahat, dan beberapa pemain Tenis Johor yang lain. Kejohanan ini juga merupakan platform yang baik untuk bekas pemain tenis Johor untuk menyumbang kembali kepada negeri sebagai pegawai kejohanan. 

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertua JTA sendiri, En.Nurizam Khalid bersama-sama ahli Exco yang lain, En. Sufian Suip, Exco Komunikasi dan Sosial, En. Rahman Asharul dan En. Azim Alip selaku Exco Penajaan dan Pemasaran, dan Dr. Ramanand sebagai pegawai perubatan untuk kejohanan, juga Exco Kebajikan Persatuan Tenis Johor.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Tennis #MalaysianTennis #TennisXpressJohor2023

Sumber Gambar: Persatuan Tenis Johor