MALAYSIA SAH SERTAI KEJOHANAN LUNCUR AIR ASIA 2023
MALAYSIA SAH SERTAI KEJOHANAN LUNCUR AIR ASIA 2023
July 6, 2023 8:49 am
KUALA LUMPUR, 6 JULAI – Persatuan Meluncur Malaysia telah menerima jemputan untuk bertanding dalam Kejohanan Luncur Air Asia ASF bertempat di Maldives pada 8 hingga 17 Julai ini.
Kejohanan yang menjadi platform bagi peluncur air mempamerkan bakat mereka akan mempertandingkan kategori terbuka lelaki dan wanita, kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun (B18) serta Piala Aloha Shortboard.
Pasukan Malaysia telah mengesahkan penyertaan dalam kategori shortboard lelaki hasil tajaan yang diperoleh daripada DMM Sales Daihatsu Malaysia, Majlis Sukan Negara (MSN) dan AirAsia.
Asian Surfing Federation (ASF) merupakan sebuah badan induk sukan luncur air di Asia yang diiktiraf oleh kedua-dua Persatuan Luncur Antarabangsa dan Majlis Olimpik Asia.
Pertandingan itu dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Luncur Air Maldives dengan sokongan daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pemerkasaan Masyarakat di sana.