haziq

KORFBALL SEMAKIN DIKENALI DI MALAYSIA

KORFBALL SEMAKIN DIKENALI DI MALAYSIA

July 10, 2023 7:40 am

BUKIT JALIL, 10 JULAI – Sukan Korfball semakin mendapat tempat di Malaysia dan akan terus berkembang dengan penganjuran Kejohanan Korfball Asia-Oceania IKF U21 2023 dari 8 hingga 13 Ogos di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.

Persatuan Korfball Malaysia merupakan penganjur utama menyaksikan penyertaan 10 negara seperti China, New Zealand, Jepun, Thailand, Sri Lanka, dan juga Chinese Taipei, Australia, Hong Kong China termasuk India yang diletakkan dalam satu kumpulan bersama tuan rumah.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli turun merasmikan upacara perasmian semalam bersama Presiden IKF Asia, Profesor Inglish Huang dan Presiden Persatuan Korfball Malaysia, Daphne Lau di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. 

“Di peringkat KBS kita memang menggalakkan anak muda Malaysia menyertai dalam sukan ini dan memang memberi perhatian yang sangat baik segi pembangunannya di negara ini.

YB Adam Adli turut menegaskan bahawa sukan merupakan salah satu platform paling berkuasa untuk mempromosikan kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita dalam sukan. 

“Steriotaip itu perlu kita padam dengan menyediakan lebih banyak platform dalam sukan untuk wanita untuk mencapai gender bersama dalam arena sukan,” katanya.

Untuk rekod, Sukan Korfball menerusi Persekutuan Korfball Malaysia turut dipromosikan dan diketengahkan pada Hari Sukan Negara 2022 dan inisiatif jitu itu akan diteruskan untuk memberi pendedahan kepada rakyat jelata negara ini.

Turut berlangsung semalam adalah Kejohanan K4 Hari Korfball Remaja Malaysia dengan penyertaan kira-kira 300 peserta.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #DemiMalaysia #Korfball #MalaysiaKorfball #MixedGenderTeamSports

Sumber gambar: Korfball Malaysia