fariszolkefli

PEMAIN BADMINTON PEKAK NEGARA CIPTA SEJARAH DI BRAZIL

PEMAIN BADMINTON PEKAK NEGARA CIPTA SEJARAH DI BRAZIL

July 13, 2023 9:57 am

BRAZIL, 13 JULAI – Pemain badminton remaja Pekak negara, Edmund Teo Seng Keong melakar sejarah badminton Pekak negara dengan menjadi pemain remaja Pekak pertama negara yang berjaya meraih pingat dalam perseorangan lelaki di 3rd. World Deaf Youth Badminton Championship.

Dalam pertembungan untuk ke final, Edmund turun menentang Zeno Baldegger dari Switzerland namun pemain yang berusia 15 tahun itu terpaksa tunduk straight set 14-21, 18-21 sekali gus gagal mara dan sekadar berpuas hati untuk menduduki tempat ketiga.

Namun begitu, kejayaan ini merupakan pencapaian terbaik Edmund Teo dalam penampilan pertamanya di kejohanan badminton remaja Pekak peringkat dunia.

Kejohanan yang sedang berlangsung di Para de Minas, Brazil sejak 10 Julai lepas ini menampilkan beberapa buah negara seperti Brazil, Switzerland, Ukraine, Slovakia, India, Thailand, Japan, Korea, Chinese Taipei, dan Malaysia.

Malaysia menghantar empat orang atlet bagi meggalas cabaran negara di kejohanan ini termasuk Edmund Teo Seng Keong, Boon Wei Ying, Fo Zu Tung, dan Aravindakumara.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Badminton #6thWorldDeafBadmintonChampionship #3rdWorldDeafYouthBadmintonChampionship

Sumber gambar: Malaysian Deaf Sports Association