fariszolkefli

AKADEMI BADMINTON CPS TAWAR KEPAKARAN BUAT PEMINAT BADMINTON TANAH AIR

AKADEMI BADMINTON CPS TAWAR KEPAKARAN BUAT PEMINAT BADMINTON TANAH AIR

July 18, 2023 7:39 am

KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Sukan badminton telah lama menjadi sukan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan ramai antara kita terlibat dalam perlawanan persahabatan atau sebagai rekreasi untuk merasai kemeriahan sukan tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai antara kita masih lagi kurang daripada segi taktik dan teknik asas sukan badminton. Melihat kepada perkara ini, Akademi Badminton CPS, yang diasaskan oleh pemain badminton kebangsaan Malaysia, Chan Peng Soon, mengumumkan pelancaran bengkel badminton pertama mereka yang dijadualkan berlangsung Ogos ini.

Setiap sesi bengkel menawarkan pengalaman yang menyeronokkan dan taktikal dengan para peserta mendapat keistimewaan diajar oleh pemain badminton kebangsaan, Chan Peng Soon dan bekas pemain kebangsaan Peck Yen Wei dan lain-lain yang membentuk pasukan kejurulatihan yang disegani di Akademi Badminton CPS. Bengkel ini akan memberi peluang unik untuk pemain badminton sosial di Malaysia dalam menerima latihan profesional dan meningkatkan kemahiran badminton mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Bengkel badminton ini akan diadakan pada tiga tarikh berturut-turut iaitu 12, 13, dan 19 Ogos, dari 9 pagi hingga 12 tengah hari di pusat-pusat badminton terkenal di Lembah Klang. Para peserta boleh memilih untuk menghadiri sesi yang dianjurkan di 222 Pusat Badminton di Petaling Jaya, Pusat Badminton Setapak, atau Pusat Sukan CK di Kepong.

Kemuncak utama siri bengkel ini adalah kejohanan badminton yang dijadualkan berlangsung pada 20 Ogos di Pusat Badminton Setapak di mana ia terbuka kepada 64 pasukan yang menyertai bengkel dengan menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah menarik tajaan jenama badminton terkemuka di tanah air. 

Kejohanan ini bukan sahaja berfungsi sebagai platform untuk pemain mempamerkan kemahiran mereka tetapi juga menyediakan pengalaman untuk beraksi dalam perlawanan badminton sebenar. Jurulatih akan disediakan untuk menawarkan nasihat dan tunjuk ajar serta memastikan para peserta memanfaatkan peluang yang kompetitif ini secara sepenuhnya.

“Kami amat berdedikasi untuk mempromosikan sukan badminton di Malaysia. Melalui bengkel dan kejohanan ini, kami menyasarkan untuk menyediakan platform untuk semua peringkat pemain mengalami permainan badminton dalam kelas tersendiri dan memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk melibatkan diri dalam badminton. 

“Kami juga sangat gembira untuk berkongsi pengetahuan kami dalam bengkel komprehensif ini seperti strategi beregu, taktikal gerak kaki, dan teknik pukulan yang kuat, memastikan semua peserta dapat menikmati permainan dengan selamat sambil menikmati keseronokan perlawanan yang sengit,” kata Peck Yen Wei, Ketua Jurulatih Akademi Badminton CPS Lembah Klang.

Yuran pendaftaran hanyalah RM150 untuk setiap peserta dengan satu sesi bengkel dan RM230 setiap orang dengan satu sesi bengkel dan kejohanan. Individu yang berminat dialu-alukan untuk mendaftar melalui pautan di https://linktr.ee/axcla.creative atau lawati laman Instagram CPS atau Facebook Badminton Academy untuk kemas kini acara terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Badminton #BadmintonMalaysia #CPSBadmintonAcademy

Sumber gambar: CPS Badminton Academy