SENTUL KICKERS JUARA EDISI KEENAM PIALA AIDIL ZAQUAN
SENTUL KICKERS JUARA EDISI KEENAM PIALA AIDIL ZAQUAN
July 31, 2023 7:08 am
SEREMBAN, 31 JULAI – Edisi keenam kejohanan bola sepak Piala Milo Aidil Zaquan telah melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu menyaksikan pasukan Sentul Kickers dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara.
Naib johan kejohanan bawah umur 12 tahun anjuran Kelab Bolasepak S2 (S2FC) jadi milik pasukan Ghimau TPFA dari Melaka manakala Kuantan Tigers dari Pahang raih tempat ketiga diikuti Perma FC dari Melaka di tempat keempat.
Presiden S2FC, Mohd. Zafran Abd. Radzak berkata, sebanyak 32 pasukan dari seluruh negara telah menyertai kejohanan berkenaan.
“Kejohanan pada kali ini telah mendapat sambutan pasukan – pasukan akar umbi dari Negeri Sembilan, Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Melaka.
Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian penutup kejohanan berkenaan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abdul Halim turut memuji kepentingan penganjuran bolasepak peringkat akar umbi seperti ini dalam memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Beberapa tetamu jemputan lain turut hadir antaranya Ketua Cawangan Projek Khas Majlis Sukan Negara (MSN), Shukri Harun, Pengurus Besar Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Muhamad Yusuf Ibrahim dan Penaung S2FC, Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak