fariszolkefli

INSIDEN MAUT PERLUMBAAN DRAG: PENGANJUR TIADA KEBENARAN MAM

INSIDEN MAUT PERLUMBAAN DRAG: PENGANJUR TIADA KEBENARAN MAM

September 6, 2023 4:15 am

PUTRAJAYA, 6 SEPTEMBER – Pada 3 September lalu, seorang peserta yang menyertai acara Malaysia Drag Bike National ET Record Championship Road Tour 2023 yang bertempat di Litar Pekan Speedway, Pekan, Pahang maut selepas terlibat dengan nahas kemalangan semasa acara dijalankan.

Mangsa, Allahyarham Hattem Rashid dikatakan bertarung nyawa selama 12 jam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya berikutan insiden maut itu.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan pengelola sukan bermotor di Malaysia mengesahkan perlumbaan itu tidak diiktiraf dan tidak mendapat kelulusan persatuan berkenaan.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) memandang serius perkara ini dan pihak PJS akan menjalankan siasatan terperinci di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] sama ada terdapat sebarang pelanggaran Akta.

PJS dan MAM serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan perbincangan bagi mengemas kini pentadbiran dan undang-undang acara sukan permotoran supaya ia lebih teratur serta tersusun.

Semua pihak diseru untuk mendapatkan status penganjuran acara sukan yang disertai dengan pihak PJS bagi memastikan semua aspek keselamatan dititikberatkan. PJS sentiasa bekerjasama dengan MAM bagi memastikan keselamatan aktiviti sukan bermotor sentiasa terpelihara.

Seluruh warga KBS & PJS juga menyatakan rasa dukacita atas pemergian Hattem dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Sumber gambar: MAM

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MAM #DragBike