fariszolkefli

SHARP HSNKL BAKAL HIMPUN RIBUAN PELARI TEMPATAN & ANTARABANGSA

SHARP HSNKL BAKAL HIMPUN RIBUAN PELARI TEMPATAN & ANTARABANGSA

September 7, 2023 8:51 am

SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER – Para pelari tempatan dan juga antarabangsa bakal berkumpul dan bersaing di tengah kota raya Kuala lumpur bagi mengambil bahagian dalam Larian SHARP Hari Sukan Negara Kuala Lumpur (HSNKL) yang akan membuat kemunculan sulungnya di Dataran Merdeka pada 8 Oktober ini.

Kali terakhir acara larian ini diadakan adalah pada tahun 2016 dan untuk tahun ini, ia dijenamakan semula sebagai SHARP Hari Sukan Negara Kuala Lumpur 2023 (SHARP HSNKL)

Acara yang dianjurkan oleh Pure Events yang ditaja oleh SHARP, mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSNKL), Bahagian Persembahan dan Pengurusan Acara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Larian itu yang selari dengan misi Hari Sukan Negara (HSN) yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi dan mengukuhkan keinginan untuk kekal cergas dan sihat dalam kalangan rakyat Malaysia serta mewujudkan negara yang cintakan dan mementingkan sukan.

Sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu 21km Half Marathon, 10km Run, 5km Run, dan 3km Fun Runs dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM50,000. Bagi kategori 5km Run dan 3km Fun Runs, ia diwujudkan bagi peserta yang ingin menyertainya bersama-sama keluarga, pelari pemula, kanak-kanak dan juga Orang Kelainan Upaya (OKU).

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik yang bakal diadakan semasa acara berlangsung seperti bazar kecergasan dan kesihatan, penjualan makanan dan lain-lain lagi.

Pendaftaran bagi acara SHARP HSNKL masih dibuka sehingga 25 September ini atau sehingga ia mencecah kapasiti maksimum; berdasarkan yang mana datang dahulu.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #SHARPHSNKL #HSN2023