haziq

VBR 2023 RAIH PENYERTAAN DALAM, LUAR NEGARA

VBR 2023 RAIH PENYERTAAN DALAM, LUAR NEGARA

October 9, 2023 3:44 am

PUTRAJAYA, 9 OKTOBERKejohanan Varsity Boat Race (VBR) 2023 memeriahkan Kompleks Sukan Air Putrajaya dari 3 hingga 8 Oktober 2023 menyaksikan penyertaan lebih 500 peserta dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) dari dalam dan luar negara.

Selepas empat tahun tidak diadakan disebabkan pandemik COVID-19, kejohanan ini kembali dianjurkan hasil kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan mempertandingkan empat kategori – kayak, mendayung dalam dewan dan bot naga.

Lebih meriah apabila edisi kali ini berjaya menarik penyertaanย  lapan universiti dari luar negara antaranya dari Sri Lanka, Thailand dan Indonesia termasuk pasukan Pusat Sukan Tumpuan Malaysia bersama 13 pusat pengajian tinggi tempatan antaranya Universiti Malaya, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi MARA.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, penyertaan dalam kalangan peserta institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara pada 2019 agak menurun berikutan situasi Covid-19 yang melanda dunia ketika itu.

“Alhamdulillah, penyertaan cukup mengalakan apabila dianjurkan semula Varsity Boat Race selepas pandemik Covid-19

“Biarpun hanya empat negara sahaja, namun ia satu perkembangan positif yang boleh disifatkan satu permulaan baik selepas kejohanan ini tidak dapat diadakan disebabkan Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Dalam masa sama, Datuk Dr Pekan Ramli turut mengharapkan yang sukan seperti dragon boat, kayak dan mendayung dapat berkembang di peringkat universiti pada masa akan datang

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tepati ramalan mempertahankan kejuaraan saingan bot naga kategori terbuka dengan catatan masa 2 minit 31.62 saat (s) mengatasi Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM) di kedudukan kedua dengan 2:35.02s dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dengan catatan 2:36.87s di tempat ketiga.

Sekolah Tinggi Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Pasundan (STKIP) dari Indonesia pula mengungguli acara mendayung empat berpasukan wanita dengan catatan masa 8:46.38s mengatasi Universiti Singaperbangsa Karawang (UNSIKA) juga dari Indonesia yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua (9:09.65s) manakala Pusat Sukan Tumpuan (PST) daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ketiga (9:12.62s).

Kredit : Sinar Harian

Sumber Gambar: Sukan IPTย 

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #๐—ฉ๐—ฎ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐˜†๐—•๐—ผ๐—ฎ๐˜๐—ฅ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฒ #๐—ฉ๐—•๐—ฅ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ #๐——๐—ฟ๐—ฎ๐—ด๐—ผ๐—ป๐—•๐—ผ๐—ฎ๐˜ #๐—ฅ๐—ผ๐˜„๐—ถ๐—ป๐—ด #๐—–๐—ฎ๐—ป๐—ผ๐—ฒ