KARNIVAL SUKAN AEON BIG, BUBBLES O2 ERAT HUBUNGAN PERNIAGAAN
KARNIVAL SUKAN AEON BIG, BUBBLES O2 ERAT HUBUNGAN PERNIAGAAN
October 13, 2023 4:37 am
BANGI, 13 OKTOBER 2023 – Buat julung kalinya syarikat beli belah gergasi, AEON BiG (M) Sdn Bhd menganjurkan karnival sukan bersama rakan perniagaan, syarikat bumiputera, Bubbles O2 Sdn. Bhd. bertempat di Uptown Sports, Bangi semalam.
Karnival sukan ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2023 bersama objektif untuk menyatukan hubungan antara majikan, pekerja dan rakan perniagaan.
Empat jenis sukan dipertandingkan iaitu Futsal, Badminton, Bola Tampar dan Bola Jaring melibatkan kategori lelaki, wanita dan campuran.
Menurut Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamad, seramai 200 peserta mengambil bahagian bagi karnival yang berlangsung hampir separuh hari.
“Idea ini tercetus hanya untuk mengadakan perlawanan persahabatan sahaja namun timbul cadangan untuk menjemput kelab sukan masing-masing mengadakan Karnival Sukan bersempena dengan Hari Sukan Negara 2023.
Sementara itu, Pengerusi Bubbles O2 Sdn Bhd, Arifin Marzuki akui sangat teruja dengan pengajuran karnival ini demi membina hubungan perkongsian yang lebih erat sekali gus memberi impak kepada perniagaan.
AEON BiG (M) Sdn Bhd merupakan penaja dan rakan kolaborasi bagi Kejohanan Liga Besbol Kebangsaan 2023 dan Malaysian Football League (MFL).
Manakala Bubbles O2 Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Al Ammar Water Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada 19 April 2019 untuk menjalankan perniagaan air mineral daripada Scienterra Sdn Bhd dan kini antara penaja bagi kejohanan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2023 serta dalam perbincangan akhir menaja Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Malaysia 2023, November ini.