fariszolkefli

27 INSTITUSI KEWANGAN MERIAHKAN KEJOHANAN BADMINTON CTOS 2023

27 INSTITUSI KEWANGAN MERIAHKAN KEJOHANAN BADMINTON CTOS 2023

October 25, 2023 8:35 am

KUALA LUMPUR, 25 OKTOBER 2023 – Lebih daripada 400 kakitangan daripada 27 institusi kewangan terkemuka negara telah menyertai Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan CTOS 2023 yang berlangsung pada 21 hingga 22 Oktober lepas, bertempat di Arena Sukan Kuala Lumpur.

Kejohanan ini menyaksikan keunggulan Alliance Bank apabila dijulang sebagai juara, sekali gus menerima Cabaran Piala Perdana dan hadiah tunai sebanyak RM6,000, pingat, produk MAXX Sport, serta baucar B-Physica dan Bellolis untuk semua ahli pasukan.

Tempat kedua disandang oleh Bank Simpanan Nasional yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 selain pingat, produk MAXX Sport, dan baucar B-Physica serta Bellolis yang diterima oleh semua pasukan juara. Manakala, Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Maybank dan AEON Credit Service, yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM2,000.

Sementara itu, Juara Piala Plate, HSBC Bank, mengatasi UOB untuk meraih gelaran dan hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 dan pasukan UOB membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

Jumlah pasukan yang mengambil bahagian telah melebihi dua kali ganda sejak CTOS mengambil alih penganjuran kejohanan ini sejak 2017. Acara ini menjadi pentas bagi peminat badminton dan profesional korporat untuk bersatu, mempromosikan keseimbangan kerja-hidup yang sihat melalui sukan dan untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh dalam sektor kewangan Malaysia.

Menurut Erick Hamburger, Ketua Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad, sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia, pihaknya berharap melalui kejohanan badminton ini, ia dapat menginspirasi institusi kewangan untuk menyertai edisi-edisi akan datang sebagai saluran untuk memupuk lebih banyak model peranan daripada peringkat korporat dan melibatkan mereka dalam sukan untuk menggalakkan keseimbangan kerja-hidup yang sihat dalam masyarakat.

Setiap pasukan bertanding dalam Perseorangan Lelaki, Beregu Wanita, Beregu Lelaki, Beregu Campuran dan Beregu Veteran Lelaki. Pasukan yang berada di tempat pertama dan kedua dalam peringkat kumpulan telah dinaikkan ke Piala Perdana manakala pasukan yang selebihnya terus bersaing dalam Piala Plate.

Pasukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Antara Institusi Kewangan tahun ini termasuk CTOS, Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia, Bank Simpanan Nasional (BSN), AEON Credit, Alliance Bank Malaysia Berhad, Allianz Insurance, Bangkok Bank, Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat, Bank Muamalat, Agrobank, China Construction Bank, CIMB Bank, Citibank Malaysia, Coop Bank Pertama, Deutsche Bank, HSBC, KAF Investment Bank, Kuwait Finance House, Maybank, MBSB Bank, OCBC Bank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, dan UOB Bank.

Sumber Gambar: Continuum

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Badminton #KejohananBadmintonAntaraInstitusiKewanganCTOS2023