haziq

FLAG FOOTBALL BAKAL TERIMA SOKONGAN PENUH KBS

FLAG FOOTBALL BAKAL TERIMA SOKONGAN PENUH KBS

October 27, 2023 9:09 am

SHAH ALAM, 27 OKTOBER 2023Sukan flag football di Malaysia bakal berubah ke dimensi yang lebih besar dan luas dengan bantuan serta sokongan daripada pihak berwajib khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam memastikan persiapan terbaik untuk kelayakan ke Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Malaysia American Football Association (MAFA) penaung kepada sukan ini di Malaysia bakal mengadakan perbincangan bersama KBS, Majlis Sukan Negara dan pihak berkaitan bagi membincangkan cara terbaik mengangkat martabat malah menjadikan ia sukan teras di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, penganjuran Kejohanan Flag Football Asia-Ocenia yang bermula hari ini berupaya menjadi kayu pengukur buat KBS untuk merangka program bersesuaian selain menilai keperluan dan sokongan yang sepatutnya buat sukan itu.

“Jika kita bagunkan dengan baik dan beri setiap sokongan yang diperlukan, kita berpotensi untuk layak ke Sukan Olimpik 2028. Saya yakin MAFA dan rakan lain di Asia ini ada komuniti yang cukup sihat untuk sama-sama bangunkan serta KBS akan bantu dan sokong sebaiknya, Insva-Allah,” jelas beliau dalam kenyataanya selepas merasmikan kejohanan Flag Footbal Asia-Oceania di EV Arena, Shah Alam.

Sementara itu, Presiden MAFA Mohd Shahmil Bahari berkata pihakya yakin jika pasukan flag football negara diberi pendedahan secukupnya, kumpulan itu mampu melangkah lebih jauh dan kini turut merancang pelbagai program dalam mempergiatkan lagi pembangunan sukan tersebut di peringkat akar umbi.

“Berdasarkan kejohanan yang kami sertai sebelum ini, pasukan negara sering tembus ke pusingan akhir. Tidak mustahil dengan bantuan dari KBS, sukan ini mampu bergerak lebih tinggi.

“Kita perlu perbanyakan lagi aktiviti berkaitan (sukan tersebut) supaya lebih ramai tahu mengenai sukan in dan lebih ramai atlet atau pelapis dapat kita lahirkan,” tambah beliau.

Untuk rekod, Kejohanan Flag Football Asia-Ocenia merupakan kejohanan peringkat antarabangsa sulung yang diadakan di Malaysia yang berlangsung selama 3 hari mulai hari ini sehingga Ahad dengan disertai 11 negara antaranya Jepun,Thailand, Australia, India, Singapura, Korea Selatan dan New Zealand.

Sumber : Bernama

Sumber Gambar: Bernama / IFAF Media

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #FlagFootballMalaysia #AOFFC23