fariszolkefli

COBRA 10S HIMPUN 9 PASUKAN ANTARABANGSA

COBRA 10S HIMPUN 9 PASUKAN ANTARABANGSA

November 1, 2023 8:14 am

KUALA LUMPUR, 1 NOVEMBER 2023 – Sebanyak sembilan pasukan dari enam buah negara yang terdiri dari Australia, Fiji, New Zealand, Papua New Guinea, dan Afrika Selatan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan COBRA 10s ke-50 yang akan berlangsung pada 10 dan 11 November ini, bertempat di Padang Astaka, Petaling Jaya.

Lima pasukan termasuk dua dari Singapura akan mengambil bahagian dalam kategori wanita. Kejohanan ini akan dilangsungkan dengan format round-robin pada hari pertama  diikuti dengan pusingan kalah mati pada hari berikutnya.

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini mendapat sokongan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kesatuan Ragbi Malaysia dan Kesatuan Ragbi Selangor.

“Kementerian Belia dan Sukan berbesar hati untuk turut bersama COBRA kerana kejohanan ini bukan sahaja akan meningkatkan taraf dan kualiti ragbi di Malaysia tetapi juga dapat meningkatkan profil ragbi Malaysia di peringkat global.” kata YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

Selain itu, selaras dengan objektif untuk mempromosikan sukan ragbi, COBRA akan menawarkan klinik kejurulatihan kepada sekolah-sekolah pada minggu sebelum kejohanan berlangsung.

Satu bengkel juga akan diadakan buat pegawai rasmi dan pengadil perlawanan mengikut jadual yang ditetapkan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta pendedahan buat pegawai rasmi perlawanan tempatan dan dikendalikan oleh pegawai rasmi yang telah mendapat pencapaian sijil ragbi dunia.

Sumber gambar: COBRA

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Rugby #MalaysiaRugby #COBRA10s