Faris Zolkefli

JAGUH KIUB RUBIK DUNIA BERENTAP DI SHAH ALAM

JAGUH KIUB RUBIK DUNIA BERENTAP DI SHAH ALAM

November 30, 2023 8:01 am

SHAH ALAM, 30 NOVEMBER 2023 – Susulan penganjuran yang gemilang-gemilang pada edisi lepas, kejohanan Speedcubing terbesar di rantau ini yang diperakui oleh Persatuan Kiub Dunia, iaitu Kejohanan Kiub Malaysia 2023 bakal menemui peminatnya pada 1 hingga 3 Disember ini bertempat di Sekolah Antarabangsa Dwi Emas, Shah Alam, Selangor.

Kejohanan ini bakal disertai oleh 200 peserta dari 14 buah negara seperti Kanada, China, United Kingdom, Australia dan Jepun dengan penyertaan pemegang rekod dunia dari China, Yiheng Wang, pemenang Kejohanan Rubik Dunia 2023, Tristan Chua dari Singapura dan Seung Hyuk Nahm dari Korea Selatan.

Peserta tempatan bakal diwakili oleh Hill Pong, Lim Hung, Tee Kai Yang, Ephraim Lim dan Ivan Liew, dengan tujuan untuk memecahkan rekod dunia sedia ada dan menambah baik masa terbaik peribadi mereka

“Tahniah kepada Persatuan Kiub Malaysia untuk menganjurkan ini dan saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta di sini dengan layanan unik Malaysia kami,” kata YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.

“Kami menggalakkan dan mengalu-alukan semua orang tidak kira muda atau tua untuk hadir. Selaras dengan keinginan kami untuk mempromosikan ia sebagai sukan kompetitif dan juga aktiviti sihat,” kata Matthew Tang, penganjur bersama Kejohanan Kiub Malaysia.

Kejohanan Kiub Malaysia 2023 ditaja oleh Hibiscus Petroleum, GanCube, JPearly, Sekolah Antarabangsa Dwi Emas dan juga Vida Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan dan penyertaan boleh layari https://beacons.ai/malaysiacubechampionship atau emel kepada mcc@mycubeassociation.com.

Sumber gambar: Malaysia Cube Association

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #RubiksCube #MalaysiaCubeChampionship2023