Faris Zolkefli

JAGUH TEMPATAN KUASAI JOHOR JUNIOR GOLF MASTERS 2023

JAGUH TEMPATAN KUASAI JOHOR JUNIOR GOLF MASTERS 2023

January 2, 2024 8:02 am

DESARU, 2 JANUARI 2024 – Dua pemain Malaysia, Anson Yeo dan Jing Xuen dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan pada Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023 (JJM2023). 

Kejohanan bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh Southern Amateur Golf Club (SAGC) dan mendapat perkenan daripada Yang Amat Mulia, Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku Presiden Johor Golf Association (JGA).

Acara ini turut disokong oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Tourism Johor.  Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari pada di The Els Club, Desaru Coast, Johor Darul Ta’zim pada 27 hingga 29 Disember 2023. 

Pemain dari 10 buah negara telah menyertai JJM23 antaranya Malaysia, Thailand, Singapore, Vietnam, India, China, Indonesia, Korea, Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu memberikan cabaran kepada pemain di dalam kejohanan ini menyaksikan dalam kategori lelaki A, Anson Yeo (-7) berjaya merangkul kejuaraan tersebut selepas meninggalkan pesaing terdekatnya yang juga rakan senegara, Rizq Adam Rohizam (-1), dengan kelebihan 6 pukulan.

Eagle di lubang ke 3 dan birdie di lubang ke 18, memastikan beliau membawa pulang gelaran juara keseluruhan kategori lelaki dalam kejohanan itu selepas menewaskan pemain India, Kartik Singh, dari kategori lelaki B, dengan kelebihan 2 pukulan.

Dalam kategori perempuan, dengan berbekalkan 6 pukulan sebelum bermulanya hari terakhir kejohanan, Jing Xuen memastikan beliau layak merangkul kejuaraan untuk kategori B dan kategori keseluruhan dengan menewaskan pemain China, Ren Yijia.

Bagaimanapun, pada hari terakhir Jing Xuen hilang tumpuan dengan hanya mencatat 73 pukulan. Tetapi, dengan hanya berbekalkan kelebihan 1 pukulan sudah mencukupi buat Jing Xuen untuk mengatasi pemain China, Ren Yijia yang muncul naib juara. 

Menurut Presiden Southern Amateur Golf Club (SAGC), Mohamad Nizam Khalid, kejohanan bertaraf antarabangsa ini memberi tumpuan menyajikan peluang kepada pemain golf remaja Johor dan Malaysia secara amnya bersaing, menimba dan bertukar pengalaman dengan pemain terbaik asia. 

Pengalaman dan peluang ini sangat tinggi nilainya bagi pemain golf remaja negara yang semakin menempa nama bahkan mempersiapkan diri untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

Keputusan:

Lelaki Gross:

  1. Anson Yeo (Malaysia) 209 – 70, 71 ,68
  2. Kartik Singh (India) 211 – 68, 73, 71
  3. Rizq Adam Rohizam (Malaysia) 215 – 73, 71, 71
  4. Guolin Zeng (China) 215 – 69, 71, 75

Perempuan Gross:

  1. Jing Xuen Ng (Malaysia) 208 – 69, 66, 73
  2. Ren Yijia (China) 209 – 72, 71, 66
  3. Wang Zi Xuan (China) 211 – 71, 72, 68
  4. Xin Yao Wang (Malaysia) 212 – 72, 69, 71

Sumber gambar: The Els Club Desaru Coast

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Golf #GolfMalaysia #JohorJuniorGolfMasters2023