fariszolkefli

SELANGOR JUARA SULUNG LIGA JELAJAH JUARA E-SPORT MALAYSIA

SELANGOR JUARA SULUNG LIGA JELAJAH JUARA E-SPORT MALAYSIA

January 3, 2024 7:30 am

KUALA LUMPUR, 3 JANUARI 2024 – Selangor membuktikan keunggulan mereka dalam dunia e-sukan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama pada kejohanan yang berakhir Ahad lalu.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua peserta untuk merasai suasana pertandingan e-sukan bertaraf kebangsaan.

Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2023 adalah komponen fasa kedua bagi program Jelajah Juara Esports 2023 yang dianjurkan di seluruh negara sepanjang November dan Disember yang lalu.

Kejohanan itu disertai pasukan Mobile Legend Bang Bang (MLBB) dari 16 negeri serta Wilayah Persekutuan dan berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, MSN dari 25 hingga 30 Disember 2023 lepas.

Menurut Pegawai Eksekutif MSN, Mohd Syazwan Mohd Hanafie gembira kerana acara itu berjaya mencapai objektif diharapkan.

Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu sebahagian daripada usaha melahirkan bakat baharu yang bakal menjadi pemain e-sukan profesional satu masa nanti dan juga mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah kita selesai kejohanan ini yang mana saya rasakan ia berjaya mencapai objektif diharapkan dalam usaha melahirkan juara baharu yang bakal menjadi pemain e-sukan profesional satu masa nanti.

“Kejohanan Jelajah Juara Esports Malaysia ini julung kalinya diadakan membabitkan 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.

“Pemain terlibat berumur 17 tahun ke bawah dan dipilih sendiri bagi mewakili persatuan esports negeri masing-masing,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber gambar: MSN

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Esukan #Esports #JelajahJuaraEsportsMalaysia #MobileLegendBangBang