haziq

STADIUM MERDEKA GAMIT MEMORI PIALA SULTAN SELANGOR

STADIUM MERDEKA GAMIT MEMORI PIALA SULTAN SELANGOR

January 4, 2024 8:02 am

KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2024Nostalgia kegemilangan bola sepak tanah air bakal kembali apabila stadium Merdeka Kuala Lumpur sah dipilih sebagai venue rasmi Piala Sultan Selangor 2024 yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar jelaskan, stadium ikonik itu dipilih bagi memberi peluang kepada peminat merasai semula aura kelahiran beberapa legenda bola sepak negara dan Selangor.

Antaranya, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari, mendiang Datuk R. Arumugam, Datuk Santokh Singh dan Datuk Soh Chin Aun.

Difahamkan, kerja membaik pulih kini 70 peratus selesai dan akan lengkap sepenuhnya pada hujung Februari ini sekali gus merealisasikan penganjuran yang terhenti selama 4 tahun ekoran pandemik covid-19.

Lebih 20,000 tiket akan dijual bagi perlawanan ini pada harga serendah RM10 yang akan turut menyajikan pertunjukan bunga api, pertunjukan payung terjun oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa Jalur Gemilang dan Selangor, selain persembahan hiburan bagi menambah kemeriahan.

Selain aksi Piala Sultan Selangor di antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura, perlawanan melibatkan veteran kedua-dua pasukan turut diadakan di stadium berkenaan,” katanya kepada selepas melawat dan meninjau kerja-kerja membaik pulih stadium pada Rabu.

Untuk rekod, Pilihan Selangor bergelar juara Piala Sultan Selangor sebanyak sembilan kali pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019 manakala Pilihan Singapura menjuarai saingan berkenaan tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Pada 2004, kedua-dua pasukan dinobatkan juara bersama, manakala pada 2015 dan 2020 terpaksa dibatalkan masing-masing berikutan keadaan jerebu dan Covid-19 yang membimbangkan.

Sumber: Bernama

Sumber gambar: Cccefalon

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #PialaSultanSelangor2024