Faris Zolkefli

YB HANNAH MAHU LEBIH KEJAYAAN TAHUN INI

YB HANNAH MAHU LEBIH KEJAYAAN TAHUN INI

January 12, 2024 7:50 am

KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2024 – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh telah menyampaikan amanatnya dalam satu Majlis Amanat YB Menteri Belia dan Sukan bersama atlet, jurulatih dan pemegang taruh sukan bertempat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.

Antara perkara yang disentuh oleh YB Hannah Yeoh dalam amanatnya adalah pencapaian dan inisiatif sukan sepanjang tahun 2023.

Kejayaan atlet negara mencapai sasaran pingat di Sukan Asia dan Sukan Para Asia di Hangzhou, penubuhan Jawatankuasa Road To Gold (RTG), Penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Pembangunan Sukan (HLC), Peningkatan dari 51 jenis sukan kepada 103 jenis sukan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997, pemerkasaan Kod Sukan Selamat, dan sebagainya merupakan antara pencapaian dan inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.

“Saya juga bangga pada tahun lepas 4 jenis sukan berjaya melahirkan juara dunia untuk Malaysia melalui sukan boling padang, Kejohanan Boling Dunia, Kejohanan World Bodybuilding and Physique Sports Championship dan Kejohanan Wushu World Championship.

“Ayuh kita jadikan tahun 2024 kali ini sebagai sesuatu yang mampu dikenang dengan penuh rasa bangga,” kata YB Hannah.

Dalam majlis yang sama juga YB Menteri turut memaklumkan atlet di bawah Program Podium akan menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bayaran elaun bulanan atlet yang kini ditukar kepada gaji dinaikkan daripada RM800 kepada RM1,500 sebulan.

Turut hadir menyerikan majlis adalah YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

Sumber Gambar: KBS Malaysia

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #TeamKBS