haziq

LIGA HOKI PERAK : ANDERSON TEPATI RAMALAN KE SEPARUH AKHIR

LIGA HOKI PERAK : ANDERSON TEPATI RAMALAN KE SEPARUH AKHIR

January 22, 2024 6:55 am

IPOH, 22 JANUARI 2024 – Saingan Liga Hoki Perak (LHP) 2024 menyaksikan pasukan pilihan iaitu SMK Anderson Ipoh selaku gergasi hoki Sekolah-Sekolah Perak tidak berdepan masalah mara ke peringkat separuh akhir.

Diundi dalam Kumpulan B, Anderson unggul dengan mengutip sembilan mata selepas menang semua perlawanan menewaskan Perak Sikh Union (PSU) 8-1, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 3-1 dan Kerian Hockey Team (KHT) 1-0.

Pencabar terdekatnya UPSI pula turut menempah slot ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan dengan kutipan enam mata keseluruhan menerusi kemenangan ke atas PSU 5-1 dan KHT 5-3.

Turut mencuri tumpuan ialah pasukan Sukma Perak yang mengungguli Kumpulan A dengan kutipan tujuh mata dengan menewaskan Politeknik Ungku Omar (PUO) 3-0 dan Tentera Laut (Dolphin) 4-3 serta seri 3-3 dengan Majlis Bandaraya Ipoh ( MBl).

Naib juara Kumpulan A jadi milik MBI yang menang ke atas PUO 4-1 dan dua keputusan seri berdepan Tentera Laut Dolphin dan Sukma Perak.

27 Januari ini bakal menyaksikan pertembungan aksi separuh akhir di Stadium Azlan Shah, Ipoh antara Sukma Perak dan UPSI jam 4 petang sementara satu lagi aksi menemukan Anderson dan MBI pada jam 6 petang.

Pemenang akan bertemu di perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada Ahad, 28 Januari 2024.

Sumber : Utusan Malaysia

Sumber Gambar: Persatuan Hoki Perak

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #PerakHockeyLeague2024 #LigaHokiPerak2024 #HokiMalaysia