Faris Zolkefli

MEC 23/24 TUTUP TIRAI PENUH GEMILANG

MEC 23/24 TUTUP TIRAI PENUH GEMILANG

February 5, 2024 5:58 am

PUCHONG, 5 FEBRUARI 2024 – Malaysia Esports Championship (MEC) 2023/2024 telah menutup tirainya dengan Grand Final yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix, Puchong, semalam.

MEC 23/24 menandakan satu kejayaan yang luar biasa dalam ekosistem esukan Malaysia yang kian rancak dan merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI), dibangunkan sejajar dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020 – 2025. Inisiatif ini telah memainkan peranan penting dalam memupuk dan mengembangkan esukan tempatan.

Musim ketiga MEC 23/24 menampilkan kehebatan pasukan profesional dan amatur merentasi lima jenis permainan yang terkenal iaitu: Player Unknown’s Battleground (PUBG) Mobile, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), DOTA 2, Tekken 7 dan Gran Turismo 7. Acara yang bermula dari 15 Januari hingga semalam ini menyaksikan pemenang dari setiap jenis permainan mara ke Grand Final.¬†

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ESI, Ahmed Faris Amir, kejohanan ini telah menjadi bukti dedikasi dan bakat dalam komuniti esukan. Kejayaan MEC 23/24 adalah sejajar dengan visi ESI untuk membina landskap esukan yang semakin berkembang maju di Malaysia. Pencapaian para pemenang yang telah mempamerkan kemahiran, strategi dan semangat kesukanan yang luar biasa ini sangat menyumbang kepada ekosistem esukan yang semakin berkembang di Malaysia.

MEC 23/24 menawarkan jumlah hadiah terkumpul yang bernilai RM250,000. Juara MLBB, DOTA 2, dan PUBG Mobile menerima hadiah wang tunai RM30,000 setiap satu, manakala juara Tekken 7 dan Gran Turismo 7 menerima RM7,500 setiap satu. Selain itu, gelaran MVP pula menerima RM5,000 setiap seorang.

MEC 23/24 mendapat kerjasama daripada Rakan Minuman Rasmi Goodday Milk Malaysia, serta Rakan Pelaksana Rakan Muda dan Rakan Digital.

Keputusan MEC 23/24:

PUBG Mobile (27 Januari):

  • Johan: SEM9
  • Naib Johan: Yoodo Alliance
  • Ketiga: PEA BARUZ
  • Keempat: Warga Emas
  • MVP: ^Smallboy (Warga Emas)

Tekken 7 (28 Januari):

  • Juara: MYFGC | FATE
  • Naib Johan: MRJACKET
  • Ketiga: MYFGC | ZABA
  • Keempat: MYFGC | AREN2

Gran Turismo 7 (28 Januari):

  • Johan: ERD_Iqbal
  • Naib Johan: DannyR_3967
  • Ketiga: TGRV_Nabil_Azlan
  • Keempat: GSR_Sonnykazu

MLBB (3 Februari):

  • Johan: MONSTER VICIOUS
  • Naib Johan: Todak Legion
  • Ketiga: KELANTAN
  • Keempat: MV Originz
  • MVP: Joyboyy (Todak Legion)

DOTA 2 (4 Februari):

  • Johan: MAG Rebels
  • Naib Johan: MAG Empire
  • Ketiga: Mango+4
  • Keempat: Sentry Symphony Esports
  • MVP: MAG Rebels zeal (NICHOLAS LIM ENG HAN)
  • Best Rookie: Mango+4 Jy (Cheng Jia Ying)

Sumber Gambar: ESI

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Esports #MalaysiaEsportsChampionship #MEC