haziq

SUKAN WOODBALL MULA BERTAPAK DI KELANTAN

SUKAN WOODBALL MULA BERTAPAK DI KELANTAN

February 13, 2024 2:42 am

BACHOK, 13 FEBRUARI 2024 – Sukan woodball kini telah tiba di negeri Kelantan dengan pembinaan gelanggang pertama di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Dengan kos lebih RM100,000, gelanggang ini dibina sejak Julai 2023 dengan taraf antarabangsa yang menepati piawaian dan menerima sijil pengiktirafan Persatuan Woodball Malaysia (WMA) yang turut disampaikan sendiri oleh Naib Presiden WMA, Zulkarnain Mohamed Shaharuddin.

Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razali Che Razak berkata, penarafan ini akan menjadikan gelanggang itu sebagai lokasi pertandingan sirkit woodball peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pertengahan tahun ini.

“Satu penghargaan besar buat warga UMK untuk bangunkan sukan woodball khususnya di kalangan pelajar sekolah, orang awam, agensi kerajaan dan sebagainya.

Difahamkan, Persatuan Woodball Malaysia juga kini dalam proses mempertandingkan acara woodball dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) termasuk  Kejohanan Sukan Antara Pusat Sukan (SUPSAT) pada 23 hingga 25 Februari 2024 dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).

Beliau merasmikan gelanggang berkenaan pada 8 Februari lalu dengan dihadiri sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Mohamad Ismail; Penolong Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Sukan Negeri Kelantan, Yang Mulia Tuan Aziz Tuan Mat, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria dan Pengarah Pusat Sukan UMK, Wan Ahmad Khairul Wan Ahmad Najib.

Sumber : Harian Metro

Sumber Gambar: UMK

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #WoodballMalaysia #UMK