KUALA LUMPUR, 27 MAC 2024 – Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengambil langkah signifikan dalam usaha membangunkan pelapis pemain golf kebangsaan dengan mengumumkan barisan pemain terpilih bagi Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan 2024/2025.
Pengerusi program itu Fauzi Mesan berkata senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa dan dedikasi terhadap sukan itu.
Beliau berkata Pasukan Elit itu menyenaraikan atlet yang telah meraih pencapaian penting dalam kerjaya mereka.
“Dalam kalangan pemain lelaki, Wan Danial Hafiz Wan Zain mengetuai dengan pencapaian mengagumkan termasuk Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) di tempat 671 dan kemenangan sebagai juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 18 Tahun (B-18) 2023.
“Pasukan itu turut disertai bintang meningkat naik seperti Muhammad Adif Haikal Md Hazan dan dan Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, katanya ketika ditemui di Kota Permai Golf and Country Club minggu lalu.
Sementara itu bagi remaja wanita, Alya Afza Hazari, juara MSSM B-18 2023 antara yang menonjol bersama-sama Ngo Yi Belle dan Andrea Chin Yen Xing yang telah menunjukkan potensi luar biasa.
Lelaki: Wan Danial Hafiz Wan Zain, Muhammad Adif Haikal Md Hazan, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, Muhammad Danial Muhammad Nazari, Lim Hao Yu, Ammer Aiman Mohd Fauzi, Ammar Aiman Mohd Fauzi, Mohamad Saiful Hakimi Mohamad Rosli, Anis Dylan Sinno, Joshua Lim Zhi Xing, Aiden Tai John Roberts, Felix Gan Yong Jun, Mohamad Danish Danial Md Jumat, Muhammad Afham Othman
Wanita: Alya Afza Hazari, Ngo Yi Belle, Andrea Chin Yen Xing, Nur Batrisyia Balgis Abdul Shani, Nur Diana Syafiqah Abdullah, Siti Nur Husna Aina Abdul Karim Nast, Janice Kwan Yu Heng, Siti Nurfarah Fasha Mohamad Hasan, Amberly Zaira Zamri, Aarthi Ganesan, Nurlyana Yasmin Ruzkinain.