fariszolkefli

PERODUA MALAYSIA MASTERS 2024 HIMPUN 294 JAGUH BADMINTON DUNIA

PERODUA MALAYSIA MASTERS 2024 HIMPUN 294 JAGUH BADMINTON DUNIA

April 24, 2024 8:35 am

KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2024 – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan PERODUA dengan bangganya memperkenalkan acara badminton yang dinantikan-nantikan iaitu PERODUA Malaysia Masters 2024 yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei 2024.

Sebagai acara Super 500 yang berada di dalam Jelajah Dunia BWF, kejohanan ini bakal mengumpulkan sejumlah 294 atlet elit dari seluruh dunia untuk bersaing merebut habuan wang tunai terkumpul sebanyak USD $420,000.

Kerjasama berkekalan antara Perodua dan BAM telah memainkan peranan penting dalam membentuk PERODUA Malaysia Masters menjadi tontonan sukan bertaraf dunia, menawarkan pengalaman yang tiada tandingan sambil menarik atlet peringkat teratas di seluruh dunia. 

Edisi 2024 yang akan berlangsung selama enam hari itu bakal mempamerkan aksi badminton mendebarkan dengan penampilan pemain terbaik Malaysia termasuk Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Pearly Tan, Thinaah Muralitharan, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani dan lain-lain.

“Kami berbesar hati untuk memulakan edisi keenam berturut-turut Malaysia Masters bersama-sama PERODUA sebagai penaja. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERODUA atas komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pembangunan badminton di negara kita,” kata YBhg Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, YBhg Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada BAM kerana terus mempercayai PERODUA sebagai rakan kongsi bagi mempromosi acara yang berprestij ini.

Sebagai acara terkemuka dalam kalendar badminton, PERODUA Malaysia Masters 2024 komited untuk mempertahankan kejayaan tahun-tahun sebelumnya. Peminat boleh menjangkakan kejohanan bertaraf dunia dengan mempamerkan aksi badminton terbaik Malaysia sambil menarik bakat terbaik dari seluruh dunia.

Sumber Gambar: PERODUA Malaysia Masters 2024

#mySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Badminton #BadmintonMalaysia #PERODUAMalaysiaMasters2024