Faris Zolkefli

GP SEPANYOL CABAR KEMAMPUAN HAKIM DANISH

GP SEPANYOL CABAR KEMAMPUAN HAKIM DANISH

April 25, 2024 7:49 am

KUALA LUMPUR, 25 APRIL 2024 – Pusingan pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup akan membuka tirainya bermula 27 April hingga 8 September dengan perlumbaan pertama akan bermula di Litar Jerez, Sepanyol.

Jerez yang terkenal dengan litar lumba yang hebat dan peminat yang bersemangat, menjadi medan yang sesuai untuk perlumbaan pusingan pertama kejohanan yang sangat kompetitif ini, kerana di sinilah pelumba muda menunjukkan bakat mereka dan mula mengejar impian untuk ke MotoGP.

Selepas berlumba di Misano pada Kejohanan Dunia FIM JuniorGP minggu lalu, Hakim Danish, pelumba muda Malaysia, sudah bersiap sedia untuk satu lagi perlumbaan besar iaitu pusingan pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez.

“Pada hujung minggu ini adalah pusingan pertama Red Bull MotoGP Rookies Cup di Jerez. Harapan saya untuk pusingan di Jerez ini adalah fight dengan kelompok hadapan dan cuba untuk fight untuk podium. Saya tahu kejohanan ini adalah kejohanan yang kompetitif, ramai pelumba-pelumba yang laju. Saya akan cuba sehabis baik saya untuk habiskan perlumbaan dengan baik, dan dapatkan podium. Doakan saya buat yang terbaik minggu ini,” kata Danish.

Ini adalah tahun kedua Hakim Danish beraksi dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup. Pada penampilan sulungnya tahun lalu, Hakim Danish mencipta sensasi apabila berjaya menduduki podium dengan meraih tempat ketiga

Kejohanan ini mempunyai tujuh pusingan dengan perlumbaan pertama di Litar Jerez dan perlumbaan terakhir di Litar Misano, dan ia adalah sebahagian daripada acara MotoGP.

Sumber Gambar: ZK Racing

#mySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #RedBullMotoGPRookiesCup #SpanishGP #MotoGP