KUALA LUMPUR, 2 MEI 2024 – Kejayaan membanggakan dilakar oleh pemanah daripada Bj Wolfpack Archery Club dan Shah Alam Archery Club (SAAC) yang menyertai Andaman Championship di Satun, Thailand pada 25-29 April 2024.
Sebanyak 9 pingat emas, 8 perak, 8 gangsa dan 2 trofi diraih menerusi penyertaan 15 pemanah dalam 8 kategori yang dipertandingkan.
Antara pemanah yang mencuri tumpuan ialah Hafizudin Bin Hazudin, pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Shah Alam yang meraih 7 pingat dan 1 trofi keseluruhan disamping membantu pasukan lelaki SAAC menewaskan pasukan dari Bangkok Thailand dalam aksi final acara berpasukan.
Bj Wolfpack Archery Club ditubuhkan pada tahun 2014 serta didaftarkan secara rasmi dibawah PJS KBS pada tahun 2017.
Bermula dengan 4 orang pemanah cilik yang diusahakan oleh beberapa ibu bapa dan guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, kini ia menyaksikan jumlah keahlian pemanah seramai 150 org direkodkan setiap tahun.
30 peratus daripada ahli kelab ini masih meneruskan sukan memanah hingga ke sekolah menengah malah ada yang masih terlibat dengan sukan memanah hingga ke pengajian di Universiti.
Di peringkat sekolah menengah, SAAC merupakan sebuah kelab Elit Sukan memanah Sekolah Menengah Shah Alam di bawah naungan BJ Wolfpack Archery Club yang ditubuhkan pada tahun 2016.
SAAC telah menyertai puluhan Kejohanan Memanah di dalam dan luar negara bahkan sudah melahirkan jagoan pemanah perintis di dalam Skuad Pemanah Pelapis Negara.
Pencapaian membanggakan di bumi Satun ini turut disumbang oleh seorang lagi pemanah senior kelab Bj Wolfpack dan SAAC, Hannah Irdina Hazudin berusia 20 tahun yang kini menuntut di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dalam Jurusan Ijazah Electrical Engineering tahun dua.
Hannah yang berpengalaman bertanding di peringkat MSSM telah menyertai 3 kejohanan di Perak, Selangor tahun ini dan terbaru di Satun Thailand membawa pulang pingat emas dan perak di semua kejohanan yang disertainya.
Kerana minatnya yang mendalam, Hannah berusaha mendapatkan persetujuan unit Pengurusan Sukan UTP untuk mewujudkan Kelab Memanah di sana didaftarkan dengan nama #UTPOrions.
UTP Orions berdiri sebagai mercu tanda bagi pemanah yang berpotensi, dengan komitmen untuk mengasah kemahiran mereka dan memupuk komuniti memanah yang dinamik.
Dipimpin oleh pasukan yang berdedikasi, termasuk Presiden Muhammad Adam bin Abdul Mubin dan Naib Presiden Raja Narina binti Raja Nahar Shah, tujuan kelab ini adalah jelas untuk meningkatkan kecekapan memanah ahli kelab melalui sokongan teknikal dan latihan profesional.
Pada terasnya, UTP Orions meletakkan empat objektif penting antaranya meningkatkan piawai prestasi melalui bimbingan yang disesuaikan dan bantuan teknikal, melengkapi ahli kelab dengan peralatan dan kemudahan latihan yang terbaik serta berusaha meningkatkan kesedaran awam tentang sukan memanah sebagai hobi rekreasi dan sukan kompetitif, justeru mempromosikan manfaatnya secara meluas.
Walaupun masih baru ditubuhkan, UTP Orions sudah meninggalkan kesan dalam arena memanah. Dalam Kejohanan Antarabangsa Indoor Archery Selangor 2024, ahli kelab seperti Kieron Dimaz Singh Dhillon dan Hannah Irdina binti Hazudin telah mempamerkan prestasi yang mengagumkan dalam pusingan kelayakan dan penyingkiran