Faris Zolkefli

HAKIM DANISH SEDIA TEBUS MARUAH DI LE MANS

HAKIM DANISH SEDIA TEBUS MARUAH DI LE MANS

May 10, 2024 8:45 am

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2024 – Pusingan 2 Red Bull Rookies Cup akan membuka tirainya bermula hari ini bertempat di litar bersejarah Le Mans, Perancis. Litar ikonik yang terkenal dengan selekoh-selekoh mencabar ini bakal menjanjikan persaingan yang mendebarkan daripada para pelumba.

Litar Le Mans yang juga dikenali sebagai Litar Bugatti dengan panjang sejauh 4.185 kilometer ini menampilkan susunan yang unik dengan selekoh-selekoh ketat dan lurus yang panjang, bakal menguji kemahiran dan keberanian setiap pelumba di litar.

Bagi pelumba negara, Hakim Danish, ini adalah minggu keempat berturut-turut beliau berlumba. Pada tahun lepas di Red Bull MotoGP Rookies Cup di Le Mans, Hakim Danish menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ke-9. Malangnya, pada Perlumbaan ke-2, Hakim Danish jatuh di lap terakhir di Perlumbaan 2.

“Saya dah selamat sampai di Le Mans dan pada minggu ini, minggu keempat saya berlumba secara berturut-turut. Ini kali kedua saya berlumba di litar Le Mans. Pada tahun lepas saya tamatkan perlumbaan 1 di tempat ke 9 dan crash di perlumbaan kedua. Untuk tahun ini, target saya untuk fight dengan kelompok hadapan dan berharap untuk podium lagi untuk kedua-dua perlumbaan,” kata Hakim Danish.

Perlumbaan boleh ditonton secara langsung melalui penstriman langsung di Red Bull TV ataupun Facebook Red Bull MotoGP Rookies Cup pada hari Sabtu dan Ahad, dengan liputan eksklusif perlumbaan.

Sumber Gambar: ZK Racing

#mySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #FIMJuniorGP #RedbullMotoGPRookiesCup