KUALA LUMPUR, 27 MEI 2024 – Bintang baharu menyinari “The Land of Dawn” selepas TODAK Legion dinobatkan sebagai juara Liga Akademi Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MAL MY) yang pertama apabila menewaskan HomeBois Syndicate di dalam Perlawanan Akhir, semalam bertempat di Sunway Velocity Mall, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD 20,000 yang ditawarkan bagi musim ini.
Pasukan TODAK Legion memulakan perlawanan akhir dengan lebih positif di antara kedua-dua pasukan, dengan mendahului 2-0 dalam perlawanan Best-of-Seven (BO7). Permainan pertama berlangsung dengan sengit, dan hampir tiada perbezaan di antara kedua-dua pasukan. Namun keadaan berubah sekitar minit ke-15, apabila Mega Kill Muhamad “Rival” Alif Akmal yang tepat pada masanya membolehkan TODAK Legion menyerang melalui lorong tengah untuk mencapai kemenangan. Permainan kedua pula adalah perlawanan sehala yang menyaksikan juara baharu itu mengawal perlawanan sepenuhnya, mengakhiri permainan dengan kelebihan emas sebanyak 10k.
HomeBois Syndicate bangkit pada permainan ketiga, merampas kemenangan dengan mengejutkan TODAK Legion. Namun, kebangkitan tidak menjadi kenyataan, apabila TODAK Legion dengan merangkul kemenangan muktamad di permainan keempat dan kelima untuk merangkul mahkota juara.
“Kami bersyukur menjadi juara pertama MAL MY, walaupun bukan pasukan pilihan. Kejayaan kami adalah hasil daripada pengalaman kami dalam ekosistem kompetitif [berbanding pasukan lain], ditambah dengan komitmen dan dedikasi kami untuk membangunkan bakat dari akademi kami,” kata Roslan Rashid, COO Todak Group.
Sementara itu, Barracuda Esports berjaya mengekalkan slot mereka di dalam MPL Malaysia musim hadapan selepas menewaskan DXORIGINZ 3-2 dalam perlawanan “Pencabar vs Penyandang” (Challenger vs Defender). Walaupun berakhir di tempat ke-9 di MPL Malaysia Musim Ke-13, Barracuda Esports menunjukkan kelas mereka menentang DXORIGINZ, yang menduduki tempat kedua di dalam Challengers Conference semasa MAL MY Regular Season, memperoleh hak untuk mmencabar Barracuda Esports bagi merebut slot di MPL Malaysia.
“Kami sangat bersyukur dapat mengekalkan slot kami untuk musim depan. Kami masih belajar dan memperbaiki permainan kami, dan kami mendengar anda – para peminat kami. Nantikan permainan terbaik kami pada musim depan,” kata Norshahidah Zulkifli, Pemilik Barracuda Esports.
Menurut Pengurus Esukan MOONTON Games, Devin Chan, objektif kami MAL MY adalah untuk memberikan platform kepada bakat esukan di Malaysia dengan memberi peluang yang lebih jitu dan kompetitif bagi pemain muda dan berbakat untuk menyertai dunia esukan profesional. Setakat ini, mereka telah mencapai matlamat ini dengan selesa dan lebih dari itu. Malah, mereka juga sedang menyaksikan kebangkitan industri esukan kebangsaan, dengan Kejohanan Dunia M6 pada bulan November yang semakin hampir, mereka yakin bahawa ekosistem sedia ada lebih bersedia daripada sebelum ini untuk mencipta kejayaan, terutamanya dengan asas yang kukuh melalui MAL MY.