KUALA LUMPUR, 28 JUN 2024 – Kejohanan berprestij Skate Malaysia edisi ke-16 dan siri ketiga kejohanan Ice Skating Institute Asia (ISIAsia) kini kembali ke Sunway Pyramid Ice bermula dari 26 hingga 30 Jun 2024; dengan penyertaan terbesar dalam sejarah luncur ais di Malaysia.
Sunway Pyramid Ice menjadi perkampungan 600 peluncur dari 25 gelanggang ais di seluruh dunia termasuk dari Indonesia, China, Thailand, Kuwait, Filipina, Qatar, Amerika Syarikat dan Malaysia dengan menampilkan 1,700 acara; sekali gus memberikan ruang dan peluang buat peluncur muda dan berpengalaman memikat perhatian para hakim dengan kemahiran mereka.
Majlis perasmian Skate Malaysia 2024 dimulakan dengan perarakan besar-besaranpeserta dengan mengibarkan bendera negara mereka dan persembahan yang menawan oleh atlet luncur ais kebangsaan, Fang Ze Zeng. Peluncur berusia 20 tahun itu adalah saksi kepada falsafah Sunway Pyramid Ice Skating Academy dalam memupuk atlet untuk bersinar dalam sukan ini. Fang telah menyertai akademi pada usia 7 tahun untuk mengembangkan lagi kemahirannya dan mula bersaing di peringkat antarabangsa pada 2018 ketika berusia 14 tahun.
“Ini adalah kali ke-16 kami menganjurkan Skate Malaysia dan persaingan sentiasa menjadi lebih baik. Ia sememangnya satu penghormatan kerana kami adalah gelanggang ais paling lama berkhidmat di Malaysia dan perintis luncur ais sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan dan sukan yang kompetitif. Sejak edisi pertama, bilangan penyertaan semakin bertambah dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai platform yang berpengaruh untuk mempromosikan dan membangunkan sukan musim sejuk. Kami nantikan menganjurkan lebih banyak pertandingan pada tahun-tahun akan datang” kata Jason Chin, Pengurus Sunway Pyramid, Dataran Sunway dan Sunway Giza.
Pertandingan luncur ais tahunan yang dianjurkan oleh Sunway Pyramid Ice ini disokong oleh Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) yang telah berganding bahu sejak penghujung 90an dalam memberikan komitmen untuk menggalakkan peminat dan atlet di Asia untuk menjadikan sukan luncur ais sebagai sukan yang kompetitif. Sukan ini turut diperakui oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk membangunkan niche dan sukan yang semakin meningkat ini.