KUCHING, 19 OGOS — Khor Jing Hong berjaya memecahkan rekod 20 tahun acara lumba jalan kaki dalam sukan olahraga yang baru membuka tirainya hari ini.
Rekod yang sebelum ini dipegang oleh Thiyagu Manoharan dari Perak sejak tahun 2004 berjaya dipecahkan oleh Jing Hong, 19 sekali gus menyumbang pingat emas untuk kontinjen Wilayah Persekutuan.
Kemunculan pertama beliau di SUKMA XXI 2024 mencatatkan masa satu jam 34 minit 38.20 saat (s), 18 saat lebih laju berbanding dengan rekod lama M. Thiyagu iaitu 1’34:56.10s.
Sementara itu, pingat perak disandang oleh atlet dari Pulau Pinang Sriven Tan dengan rekod masa 1’38:25.43s dan pingat gangsa dimenangi oleh C. Teban Raj wakil dari Selangor, dengan catatan masa 1’48:07.56s.
📸: BERITA HARIAN