KUCHING, 17 OGOS — Stadium Negeri Sarawak Petra Jaya pada malam ini bermandikan cahaya berkilauan, muzik tradisi dan bunga api bersempena dengan upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menjadikan Sarawak sebagai tuan rumah pada tahun ini. Seramai 40,000 penonton membanjiri stadium.
Disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, SUKMA pada tahun ini berkonsepkan Semangat Perpaduan Membara, langit Bumi Kenyalang itu diserikan dengan pelbagai pertunjukan cahaya.
Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Marsha Milan, dan Bob Yusof adalah antara artis terkenal tanah air yang dijemput untuk memeriahkan lagi suasana upacara itu. Manakala atlet negara seperti Bertrand Rhodict Lises, Ashley Lau, dan Datuk Pandelela Rinong juga muncul semasa upcara penyalaan obor temasya SUKMA XXI.
SUKMA 2024 akan berlangsung sehingga 24 September di 9 bahagian di Sarawak, mempertandingkan 488 acara dalam 37 jenis sukan terdiri daripafa 236 acara lelaki, 217 wanita, dan 35 acara campuran.